Apr 12, 2011

PENGALAMAN INTERVIEW JPA

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)
entry ini menggunakan pengenalan diri 'aku' untuk lebih feel


Wargh ! aku tertipu ! Huhu,berkeroncong perutku.
Al kisahnya macam ni,aku baru balik dari interview JPA,dekat INTEC,UiTM Shah Alam.Perutku memang lapar ditambah lagi dengan nervous masa interview.Aku pun segeralah mengemas-ngemas fail yang digunakan tadi,masak nasi dan buat kerja-kerja lain.Sebab aku jenis yang akan habiskan kerja-kerja lain bila excited nak buat sesuatu.Ye,aku excited..Untuk apa ?


Untuk makan maggi.


Dah lama aku jeling paket Maggi dekat almari tu.Dan aku sudah semangat didihkan air atas periuk.Untuk pengetahuan,kami adek beradek memang makan maggi di dalam periuk tanpa perlu menyalin mangkuk.Terpengaruh dengan Korea la katakan.Plus,jimat air toksah basuh banyak kali.





Air dah mendidih-didih,buih-buih gelembung mula meruap.Aku pun dah bersedia untuk memasukkan Maggi.
Rupanya . . . . .


Itu bukan MAGGI.





Itu adalah Tepung Goreng Pisang Adabi.Ye,tepung goreng pisang.
Warnanya yang kuning seakan-akan sama telah membuatkan aku tertipu.Tahniah la ye


Tak jadi la aku nak makan MAGGI.Suis dapur telah ku tekan kepada butang 'OFF'


Aku lantas membuka laptop.Aku nak post entry Interview aku sebentar tadi.


*****************************************************************************
entry ini tiada tujuan lain melainkan untuk berkongsi serba sedikit tentang interview JPA.kerna aku pun tercari-cari blog mereka yang dah berpengalaman sebagai persediaan.Jadi aku rasa tahun akan datang pasti ada jugak para pelajar yang dapat pergi interview nak tahu sikit pasal benda ni daripada blog-blog.


Tuesday,12 APRIL 2011


Aku pergi interview sebab aku tak nak menyesal di kemudian hari.Aku tak nak kata "Kenapalah aku tak interview dulu.."


Kalau tak dapat pun aku redha,aku terima.Allah tahu yang terbaik untukku.Jadi,aku perlu pergi interview,sebagai usaha.Qada' qadar Allah tentukan


Temuduga aku dijadualkan bermula dari jam 9.40 pagi.Aku,emak dan ayah sampai ke INTEC lebih kurang jam 9.30.Nasihat aku,datang la awal sikit.Lagipun kat surat tu dah tulis.Jangan ikut perangai aku ni,huhu.Sampai je kat sana.Semak nama dekat board.Alhamdulillah,itu dia nama aku. Panel 8.Aku sempat melihat-lihat 4 orang lagi calon lain yang akan ditemuduga bersama aku.


Aku menaiki tingkat 2, kami ditempatkan di bilik menunggu.Setelah memberi dokumen2 yang diminta.Aku diberikan tag bernombor 4.Aku ditemukan dengan rakan-rakan lain.Kami berjumlah 5 orang semuanya.
2-Farmasi (aku,cina),2-Dentistry(cina,sikh),1-Medic(cina).


Sebelum masuk ke bilik temuduga,seorang pelajar cina(farmasi) bernama Vecton sangat ramah.Aku memang lebih selesa berborak dengan Non-Malay Male berbanding Malay Male. Dia siap sebut nama aku,"Maisarah,amek kursus apa?" Dari pertanyaan itu,aku pun menjawab dan kami berborak-borak sesama kami.


Berkenalan sebelum masuk bilik interview amat penting untuk mengelakkan rasa gemuruh.


Lalu kami pun dipanggil masuk,kami lemparkan senyuman semanis mungkin.Kami diminta memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris.Setiap orang bagi jawapan cukup ringkas.Aku yang tak berapa yakin untuk bertutur dalam bahasa inggeris mulai yakin.




senyumlah,orang lain akan turut tersenyum~
picture by itemilicious of deviantart


Antara soalan yang ditanya,kenapa ambik bidang ini ?
Nanti nak specialise dalam bidang apa?
Adakah ibu bapa layak menentukan masa depan anak-anak?
Semua ni kena jawab dalam BI.Sejam dalam bilik tu terasa sekejap sangat.Sebab panel yang interview kami memang ramah.Asyik senyum je.Ada seorang panel Melayu ni tanya aku kenapa nak pergi overseas?
"Nak tengok lelaki mat saleh ea? with blue eyes,blond hair"


See,diorang tak la setegas yang kita sangka.Flow je dengan diorang.


Antara soalan yang paling susah yang dia tanya,
"Tell us what do u know about BRAIN DRAIN"


Err,aku memang tak tahu satu apa pun pasal Brain Drain ni.Dia sempat lagi melawak cakap "drain ni bukan longkang ea " haha


Memandangkan aku duduk di tengah-tengah,jadi aku sempat dengar jawapan rakan-rakan lain.Hampir semua daripada kami memang tak tahu apa pasal ni.Nak je jawab"Sorry,but we know nothing about that,tehee"


Tapi,Vecton yang sangat ramah tu sorang je dapat jawab.Dia kata Brain Drain adalah situasi di mana negara luar mengambil pelajar cemerlang dari negara kita,bagi biasiswa,menawarkan kerjaya tetap,menawarkan rumah,kemewahan.Untuk memenuhi keperluan tenaga professional di negara mereka.Seperti yang dilakukan Singapore.


Pastu panel tu provoke kitorang dia tanya " Don't u wanna go,they give you in fact,euros.Merc for you"
Tapi,stick dengan keputusan korang.We want to serve our nation,our people.


Ahh,barulah dapat rough idea pasal Brain Drain.Lalu panel suruh kitorang elaborate point.


Lagi satu,panel tu memang sangat persoalkan kenapa nak study luar negara? Kepakaran,teknologi pendidikan kat Malaysia tak cukup bagus ke? Tahu tak,negara pun nak jimat kos?


Jadi,kenalah pertahankan pendirian korang.Bagi hujah-hujah meyakinkan


Lepas sejam dalam tu,kami dibenarkan keluar.
Aku pun tanya Vecton."Where did u know bout Brain Drain?"
Dia jawab" New Straits Times"
"Ouh,when it is?last month?
"No,last year"


Wargh! untunglah siapa yang tiap-tiap hari baca akhbar inggerih.Macam aku ni baca Sinar Harian je.Huhu




note:dialog tak exact.Tak ingat seketul-seketul butir bicara.


Serahkan pada Allah,He knows best.Jangan sedih kalau tak dapat(pesanan buat diriku jua)Manusia merancang,Allah juga merancang.Dan perancangan Allah adalah yang terbaik !~

6 comments: