Jun 14, 2011

 WISHES FOR MY BELOVED

  • Ya Allah,terima kasih..Terima kasih sangat- sangat kerana Kau telah memberiku peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Setiap nafas yang aku hela tiap tiap hari pun dah menunjukkan betapa Kau cinta kepadaku.. Sedangkan aku,masih merasakan kekurangan amalan dan ingatan kepadaMu.Walaupun aku tahu hanya itu yang Kau harapkan daripada hambaMu.
Wahai pemilik nyawaku,jangan pergi dariku...


  • Wahai rasulullah,aku rindu..Teramat rindu. Aku ingin berjumpamu di akhirat kelak dalam keadaan kau tersenyum kepadaku.. Tersenyum kerana aku berjaya memegang ajaranmu..Namun,mampukah aku ? mampukah aku dalam keadaan fitnah hidup kian memuncak.Dunia hampir mati . Belum cukup sunnahmu yang aku junjung.Maafkan aku ya rasul. Cuma satu yang aku harapkan,untuk melihat wajah Rabbiku dan wajahmu di akhirat kelak.


  • Mak,Sarah sayaaang sangat sangat kat mak. Sarah tak sanggup tngok mak alirkan air mata. Mak adalah anugerah berharga dalam hidup Sarah.Kalau Sarah diberi pilihan untuk pilih ibu yang lain.Sarah takkan pilih orang lain selain mak. Sebab mak yang terbaik Allah bagi dalam hidup Sarah.


  • Ayah, Sarah tak tahu dan tak pernah mungkin dapat kira berapa banyaknya pengorbanan ayah kat Sarah.Walau apa yang Sarah buat,ayah selalu support.Sebab tu Sarah tak sanggup nak biarkan ayah susah..Sarah belajar sungguh-sungguh sebab nak tengok ayah gembira.Tengok ayah ketawa pun dah cukup buatkan Sarah bahagia.
  • Kakak,abang,yana,azri,faiz,irah.. Tang korang ni takleh nak sedih2 la. Sebab korang memang happening. Masing masing ada perangai masing masing.Tapi biarlah jadi rahsia kita ye ^_<

  • Kepada semua kawan kawan aku. Apa lagi yang dapat aku cakap pasal korang. Segalanya pasal kita indah sangaaatt ! Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Setiap saat yang kita pernah lalui takkan sama dengan apa yang aku lalui dengan orang lain. Sebab tu bagi aku,setiap sorang dari kalian memang unik. Takkan sama !


  • This is the special one. For my future zauji. Dia-yang-tak-ku-ketahui-siapa. Mungkin betul kita akan berjumpa di dunia ni.Walau siapa pun dia,aku berharap sangat yang dia sedang berusaha memantapkan amal dan taqwanya supaya dia boleh membimbing aku,dan kita boleh bercinta sampai syurga :)




4 comments:

  1. aku pn sayaaaanggg sgt2 at kau mye..kau kwn aku yang paling baik!!=')

    ReplyDelete
  2. zauji tu ape maksudnya? u r a good girl sarah...insyaallah,ur parent mesti berasa sgt thnx to Allah sbb dpt anak macam kamu..

    ReplyDelete
  3. zauji tu suami, dia-yg-kita-tak-ketahui-siapa,
    tp satu hari nanti,bila masa tu dah sampai,inshaAllah akan jumpa :)

    ReplyDelete
  4. tq jiddan maisarah!!

    ReplyDelete