Aug 17, 2011

RAMADHAN , dont leave us ( T . T )

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)
 
Assalamualaykum,genap 17 hari kite dah masuk bulan ramdhan,fasa ke 2-fasa MAGHFIRAH-fasa keampunan. Salam NUZUL QURAN ^__~

Apa khabar Iman kite ? Mungkin tengah-tengah ramadhan camni saf-saf kat masjid da jadi sikit. Dari 6 saf jadi 2 saf je.Yang perempuan jangan cerita la..Sibuk gentel kuih tat,bakar almond london.

Kalau lah ramadhan ni dijelmakan dalam bentuk figura.Ada mulut boleh bercakap,mesti dia kata"Aku datang setahun sekali je.Kalau tetamu yang datang setahun sekali pon manusia layan macam anak raja datang rumah..Pinggan yang selama ni terperap jadik hiasan dalam almari pon sanggup dikeluarkan nak layan tetamu tu..Tapi kenapa persiapannya tak sebegitu nak sambut aku ?"

Kisah satu :

"Pakcik tak nak keluar rumah ramadhan ni,isk isk..Keluar pergi bazar tu segala spesies maksiat ada. Ada yang berseket(berSKIRT),pakai baju ketat,jarang..tak cukup lagi,nampak semua tali tali yang ada..HUH !! Baik pakcik duduk rumah je.Pakcik tak nak keluar keluar rumah ramadhan ni..!!"





"Yeke pakcik ? dah tu pakcik watpe je kat rumah??"


"Pak cik tengok hindusetan.."


erkk ! tetttttttt...&*%$@#^


*****************************************************************************************

Wahai pemilik hati -hati yang bersih,jiwa yang suci..yang mengidamkan syurga Allah,jadikanlah puasa sebagai satu titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.Jom kite jaga hati,jaga nafsu,jaga amarah dan paling penting jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Q.S. Al Qadr, 97:1-5)



Marilah bersama-sama mengejar sepuluh malam terakhir ramadhan,didalamnya ada malam Lailatul Qadr.Kalau umat dahulu diberi peluang untuk m'perbanyak amal ibadat dengan umur yang panjang. Subhanallah,Allah lagi kasih kepada umat Nabi Muhammad dengan memberi nikmat malam Lailatul Qadr,peluang untuk mendapat pahala amalan berkali-kali ganda dalam hanya satu malam je..




p/s:Semoga Allah memberkati perjalanan ayah,abang dan semua muslimin yang berjihad di jalannya.Genap 2 hari di Bumi Gaza sekarang.Inshallah pulang selepas 10 hari.. Palestine,u will never alone ^__^


patutla senyum lebor je..ada SMS upenye !

without my figure there,but it's okay !<3


786;)







No comments:

Post a Comment