Nov 14, 2011

HERO . Yang kita cari

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)


Saya bukan nak cakap tentang hero di hati saya, saya bukan nak cakap tentang hero  yang sering kita lihat di kaca TV. Superman,ultraman,spenderman,bla bla. Tapi,saya nak cakap tentang 
HERO ummah ~




Hero is the latest novel I've read for the time being.


And I jussssttt loveeeeeee itt ! Hero memang di luar jangkaan pemikiran kita. Syabas  saudara Hilal Asyraf sebab berjaya buat novel sehebat ini !


Hero dah berjaya bukak mata saya, dan mungkin orang yang pernah membacanya. Kita akan rasa nak berubah,positive way I mean, kita rasa ada something yang kita kena buat untuk ummah sekarang. Untuk ummah !


 Perkara yang menarik neuron dalam central nervous system saya untuk berfungsi:


1. Novel ni berkisar tentang Afam( Amir Faheem bin Amir Muiz), seorang anak dato',dia memang anak yang liar sebab kurang dapat kasih sayang dari ayah dia sendiri. Siapa sangka,ayah dia tinggalkan wasiat untuk kahwin dengan seorang wanita solehah ( Afeefah Husna).Sebab itu syarat untuk Afam warisi harta Dato' Amir Muiz.


Ingat lagi first time Afam jumpa Husna depan gate rumah ,


"Eh,Awak ni peminta sedekahkah ?"

Masa malam Afam nikah dengan Husna

"Kenapa awak pandang macam tu ?"




"Sebab awak..........
Nampak macam nak pergi kelas agama"




"Sebenarnya saya yang nak bagi kelas agama kat awak''




"Kita tengok nanti Cik Husna,saya pelajar yang nakal"




"Saya takkan biarkan pelajar nakal saya lari.."




2.Bayangkan,Afam seorang perokok. Perokok tegar . Macam mana Husna boleh ubah Afam ? Kat sini,Hilal tekankan konsep usrah dan hidup bersama dengan orang soleh.Saya sangat kagum dengan Husna,dia seorang isteri yang tersangaaat solehah dan keinginan dia cukup kuat untuk tarik Afam supaya mereka dapat bercinta sampai syurga.


picture by karl-B of deviantart

Saya jumpa ayat ni :


"Husna. Bunga tu,waktu hendak tunggu dia mekar,kita rasa terseksa dengan kelambatannya.
Tapi,bila dia dah mekar indah,kita seakan merasakan bahawa sebelum itu kita tak pernah terseksa menunggunya."


3.Afam sebenarnya seorang Hero,malam2 akan keluar memakai sut hebat,yang dibuat daripada Titanium. Bersumberkan Elemen Baru yang tak kan pernah habis kuasanya,lebih hebat dari nuklear. Husna sendiri tak tahu. Husna ingat Afam akan pergi berfoya foya sebab memang itu alasan yang Afam bagi kalau tak balik rumah.




4. Serius,penulis ada vision besar tentang Islam. Kat dalam novel ni sendiri ceritakan tentang sebuah bandar Islam, Kota Raya Angsana- dengan The Tower of Imaan sebagai mercu tanda,Plaza Taqwaa sebagai shopping mall. Semuanya cukup Islamik. Cukup Indah !  Pembinaan sekolah2 yang mengikut lunas2 Islam. Dari taska,sekola rendah,sekolah menengah,peringkat pengajian tinggi... Semuanya diberi nafas baru. Cara belajar diorang,cara guru bergaul dengan murid,cara berpakaian . Subhanallah !






5. Teknologi didominasi oleh orang Islam. Sepuluh jutawan Islam dalam novel ni dah bina macam2 teknologi baru untuk manfaat Islam sendiri . Sampai menakutkan musuh Islam , Syaitan Bertopeng yang terus terusan menyusun agenda nak jatuhkan Islam dan menunggu kedatangan Dajjal. Sepuluh jutawan ni bergerak dalam bidang masing2. Setiap seorang menguasai bidang yang berlainan dan impaknya , Umat Islam maju dalam semua aspek sebab ada penggerak.




6.Afam mula sedar tentang pentingnya hidup berjemaah. Dia start join usrah, bersahabat dengan orang2 alim, sedar yang wasiat bapa dia tu sebenarnya satu anugerah,bukan hukuman yang selama ini dia sangka.

-Ayah dia fikirkan masa depan Afam sebelum mati. Kalau sayang,mesti nak bersama sampai ke syurga kan-






7. Hero bukanlah hero yang bersut hitam,terbang di langit,membasmi penjenayah semata-mata.  Setiap Mukmin itu hakikatnya adalah Hero. Bertanggungjawab membawa manusia disekelilingnya ke syurga,dan hero kita yang sebenar adalah Rasulullah SAW.

""Hero adalah mereka yang mengeluarkan manusia daripada gelap kebatilan kepada cahaya kebenaran""




Nota kaki; 
Nyahlah watak-watak superhero picisan di kaca TV yang pakai seluar dalam pun kat luar..erkkkk,teettt =,=''

9 comments:

  1. Benar, saya sependapat dgn awk. Tahu blog ni dari status Langit Ilahi.

    ReplyDelete
  2. Salam. Bole copy utk share dgn yg lain2? :D

    ReplyDelete
  3. Waalaykumsalam,ahleyn2, silakan ~ :)

    ReplyDelete
  4. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=242580822467697&id=245964752094643

    ReplyDelete
  5. Terkejut jugak tengok status Langit Ilahi td, alhamdulillah.
    Kekaguman dgn visi akhi Hilal, kan bagus kalau boleh buat filem ! XD

    ReplyDelete
  6. thnx abt the book..sarah.

    ReplyDelete
  7. as salam..sy paling suka part afam cakap yg dia tak merokok lagi..tkt tuhan isteri dia marah.. ^^

    ReplyDelete
  8. waalaykumsalaam, samelah kite !
    part Husna lemas "" Isteri saya marah saya merokok,Tuhan isteri saya lagi marah "" ~ :)

    ReplyDelete
  9. kite baru jumpe buku tu..awal2 dah tarik perhatian kite...

    ReplyDelete