Mar 1, 2011

KALAU TAK CANTIK?

tuntunlah jalan kami menuju redhaMu ya Rabbbul Izzati;)
picture by stardixa of deviantart
Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)



Assalamualaikum
Macam mana kita hari ni,cantik?
Tak ada orang yang bila nak keluar rumah,berdiri depan cermin sambil cakap, "Aku nak pakai something yang boleh buatkan aku nampak hodoh"


Mana ada kan?Semua nak cantik lagi-lagi wanita,perempuan. Kalau tak, tak wujud lah rawatan surgery nak mancungkan hidung,besarkan mata,mugilkan bibir.Cucuk botox,suntik vitamin,suntik silicon.'


Kali ini saya nak sentuh satu bab yang merunsingkan fikiran para perempuan sekarang, bab CANTIK.;)




Banyak blog yang saya baca cerita pasal tips-tips kecantikan , tips untuk memakai shawl, tips untuk memakai heels ,tips untuk make-up dan segala macam jenis tips.


Tak kurang jugak tips untuk entertain perempuan-perempuan yang merasakan diri mereka tidak cantik,atau dengan erti kata lain,TIDAK BERSYUKUR DENGAN RUPA YANG ALLAH BAGI.


Tapi kira okaylah tu,sekurang-kurangnya timbul perasaan untuk menenangkan hati sohibah-sohibah kita yang dalam kesedihan kerana merasakan kekurangan dalam diri.




Kenapa kita nak sangat cantik,nak pikat lelaki,nak biar orang puji kita,nak ada ramai peminat ?
Subhanallah,bukankah kita ni sebaik-baik ciptaan?
Lihatlah pada binatang,pada tenuk,kambing,gajah . Tidakkah kita bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada kita.Nikmat sebaik-baik rupa!


janganlah sedih sebab benda kecik,bukankah ada benda lebih besar untuk kita fikirkan?
picture by antontang of deviantart





Kalau kita nak tenangkan diri kita,bila kita tengok artis-artis cantik kat TV,cakap kat diri kita . .
"Ya Allah,dia ni cantik tapi dedahkan aurat,biarlah aku tak cantik janji aku tak dedahkan aurat"


"Ya Allah,kulit dia cantik tapi dia dedahkan untuk tatapan lelaki,biarlah kulit aku tak cantik,janji aku tak dibakar di NERAKA Mu Ya Allah"  logik tak,kulit yang cantik tu kalau dibakar kat neraka agak-agak cantik lagi tak?




Kalau kita keluar jalan-jalan nampak perempuan cantik,bertudung pulak tu.Tapi pakai baju ketat,jalan sebelah teman lelaki dia yang handsome mungkin hati kecil kita akan cakap,"Untunglah,muka cantik mestilah ramai lelaki suka.Handsome pulak tu ! "


Apa kata kita ubah..


Kalau kita keluar jalan-jalan nampak perempuan cantik,bertudung pulak tu.Tapi pakai baju ketat,jalan sebelah teman lelaki dia yang handsome mungkin hati kecil kita akan cakap,"Kesian dia,dapat nikmat cantik tapi buat dosa,nasib baik aku ni ada-ada je,at least aku tak perasan cantik,aku tak buat dosa dengan bercouple.Berilah hidayahMu kepada mereka Ya Allah "


senang kan?






Kenapa nak fikir banyak sangat pasal kecantikan? sepatutnya kita rasa kesian kat orang cantik sebab banyak fitnah. Jadilah wanita solehah,cantik luar dalam.

Cantik luar dalam erti kata pandai jaga kebersihan diri,kemas. InsyaAllah,orang akan nampak kita cantik.Paling penting,cantikkan akhlak kita.


Akhlak kan umpama bunga.Pergi ke mana-mana tetap cantik dan berbau harum.Biiznillah,manusia akan lihat kita dalam pandangan istimewa. Yang tak semua orang boleh nampak,hanya mereka yang pandai menilai saja, dapat melihatnya.
 
Tapi bukanlah saya nak kata kita jangan fikir langsung tentang kecantikan.Tak salah sebab itu fitrah.Cuma,jangan obses dengan kecantikan. Didiklah sifat qana'ah(puas hati dengan nikmat Allah) dalam diri kita.


Jangan semakkan fikiran kita,bukannya dalam kubur malaikat tengok kecantikan kita. Hey,bidadari dekat syurga berkali ganda lagi cantik daripada kita.Janganlah bangga dengan hartamu,kecantikanmu,pangkatmu.Semua tu akan pudar kan.Kita tak boleh dan tak akan boleh bawak semua tu masuk kubur.


Biarlah kita tak cantik di mata penduduk bumi,asalkan kita cantik di mata penduduk langit
Wanita solehah tu seni untuk dimengertikan,di dunia namanya bukan siulan tapi di langit namanya masyhur disebut


Jadi,janganlah sedih.Allah kan ada. Allah tak pernah pandang kecantikan seseorang. Allah tengok Iman dan taqwa kita.


Terima kasih Allah,sebab sudi pandang kami ;) 

No comments:

Post a Comment