Mar 10, 2011

DERHAKA DALAM TAAT

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)


Assalamualaikum.




Hari sabtu lepas jalan-jalan dengan mak and kakak-kakak around Jalan TAR.Tapi mula-mula pergi BB Plaza.Baru heading to Jalan TAR yang tak pernah tak sesak tu.


Semua orang tahu kan tempat tu?Wajib la kan.
Nak dijadikan cerita, time tu hujan, Ya Allah,sejuk bebenor duk dalam kereta sorang-sorang sambil tunggu diorang,
Romantik pun ade!
romantika? it should be in HALAL way
picture by valse-des ombres of deviantart


Ha,cakap pasal romantik.Ramai jugak nampak pasangan kat situ.Lagi-lagi hujan kan.Adalah  yang jalan bukan main rapat lagi dengan pasangan masing-masing.
Rasanya kalau kita tanya soalan: "kenapa rapat sangat jalan ni?"
Mesti diorang jawab: "Hey,tak nampak ke hujan,Kami kongsi satu payung je tau!"


Tau dahh..


Time tu saya duk perhati gelagat orang.Macam-macam pesen orang.Daripada yang weird,jelik,cantik,over semua ada.Duduk pendam dalam hati je sambil ketawa sorang-sorang. hee :)


Dan dari situ,saya dapat satu kisah menarik.
Rupanya manusia ni,semua nak buktikan yang mereka tergolong dalam kalangan manusia yang disebut dalam Hadis-hadis nabi tentang peristiwa akhir zaman.

Betul,tak percaya?


Bila saya duduk,perhatikan.Memang wujud golongan yang nak buktikan mereka adalah manusia dalam hadith ni

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)



Ha,golongan ni paling banyak la.Pakai baju seketat mahu.Tapi yang pelik kalau nak duduk tahu pulak nak tarik-tarik hujung baju tu. Macam-macam fesyen tudung sekarang.Tak salah pakai selendang.asalkan tutup la dada tu.Rasanya zaman sekarang ni bagi
diorang takpe pakai baju ketat,tudung kan ada.



Jangan jadi hamba yang derhaka dalam taat. TAAT bila Allah suruh pakai tudung.Tapi DERHAKA bila Allah suruh longgarkan pakaian.


Recently jugak bukak satu facebook seorang wanita ni.Diorang ada wat gathering fesyen "busana muslimah" kononnya tonjolkan fesyen terbaru muslimah. Dan saya berani katakan, di situ tak ada langsung ciri-ciri muslimah.
And they called it HIJAB ! Wake up sisters! HIJAB is covering what should be covered bukannya setakat pakai tudung je dah rasa sempurna.


Lagi satu,bonggol tu.haisy tak tahu nak cakap apa.tolong ye muslimah kat luar sana,tinggalkan fesyen sebegini.Enough is enough. Rasulullah kan dah larang.Jangan la kita derhaka.




Bila saya duduk,perhatikan lagi.Memang wujud golongan yang nak buktikan mereka adalah manusia dalam hadith ni


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".



Asing?yeke Islam tu asing?
Pernah tak alami,bila tengok orang lelaki berjubah,berserban jalan-jalan ,kita akan pandang pelik.Bila tengok perempuan berpurdah,pun kita pandang semacam. Kononnya berpakaian tak ikut fashion flow sekarang.


Dulu Rasulullah s.a.w,sahabat2,isteri2,dan mereka yang mengamalkan Islam telah pun dipandang asing sebab mengamalkan cara hidup yang jelas bertentangan dengan kebiasaan masyarakat arab jahiliyah.


Jadi,hadith Nabi tu dah terbukti,ISLAM telah pun kembali asing.No one can deny that.


Kembali balik dekat pemerhatianku,saya dah lihat golongan ni.
Mereka cukup jaga mahkota mereka,yang lelakinya berdiri sopan menundukkan pandangan. Ada jugakku lihat satu pasangan muda yang nampak dari gayanya berkawin awal.Si perempuan tampak sopan.Yah,pastinya perhiasan dia untuk tatapan suami je.Dia memegang erat tangan si lelaki yang memimpin jalannya daripada basah kehujanan.


Jealous nye!hehe.


Sebenarnya,saya pun pernah dapat kata-kata sinis even dari kawan sendiri macam pandang pelik kalau kita tutup apa yang patut ditutup. Lagi-lagi kalau pakai jubah.Jubah kan pakaian isteri para Nabi.Kalau kita tak dapat ikut semua cara hidup Ummul Mukminun,janganlah tinggalkan semua pulak.


Jadi jum la kita pasang nawaitu," Wahai pemilik nyawaku,aku nak jadi orang yang asing tu.Kuatkan imanku ye"


Maka beruntunglah orang orang yang asing.


Kami akan cuba Ya Allah,untuk memenuhi janjiMu dan menuai hasilnya di akhirat kelak . Kami akan sentiasa tersenyum sambil mengatakan " Aku orang asing itu"


Muhasabah diriku juga






thanks to http://salafus-sholih.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment