May 9, 2012

Bawal Pakai Tudung

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)


Secara rasminya aku dah habis Matriks . Rasa macam baru semalam aku angkat beg london aku naik tingkat dua. Rindu bilik .  Polaris T2-2-22 . Nombor bilik aku memang cantik . Ehem *batuk jap =.=


Hari ni rasa nak post sesuatu untuk gegel kt luar sana . Gegel ? Ge girls I mean . 
Ew, gedik sungguh !
Aku rasa ramai dah sedia maklum, orang perempuan memang suka pakai tudung bawal . Jap, sampai sekarang aku tak habis fikir kenapa nama dia BAWAL ? Apa signifikan bawal dengan tudung ?? Tolong jawab !


Yang aku perasan , trend sekarang pakai bawal 2 tone , dengan bawal sulam tang kepala. Cikgu aku cakap macam kebun bunga kembang setaman. Dialah yang cakap , aku tolong senyum simpul je. Senyum je, takpe kan ?
meriah gitu !


tudung 2 tone , cantik woo ~




Tak kisah la nak pakai tudung bawal ke, tudung haruan ke , yang penting kita dah tahu tudung bawal tu jarang . Sangat jarang . Sebab dulu aku pun pemakai tegar tudung bawal . Bila tengah tacap depan cermin tu, bukannya aku tak nampak yang batang leher aku memang jelas kelihatan lagi2 kalau ada lampu + cahaya matahari menyinar. Tapi dulu memang aku saja butakan mata. Malas nak amek pusing. Tak caya ? Cuba amek satu tudung bawal


ingat taw ! cara pakai ni salah . Biarlah tudung kita tu labuh tutup dada 


Rentangkan tudung tu, bawah lampu . Kompem invisible wa cakap sama lu. Ini bukan objek legap taw

Tengok, tembus ma . Hipotesis berjaya dibuktikan . Kain tudung bawal adalah jarang dan merbahaya untuk dipakai begitu sahaja  !

Tapi, sekarang alhamdulillah aku dah sedar bahayanya penangan tudung invisible ni. Rasa cam tak pakai apa apa di kepala. Siyes ! Leher nampak, telinga nampak. Kalau tak pakai anak tudung, lagilah dasat !
Mencucuk cucuk rambut terkeluar.

Jadi, aku cadangkan beberapa solusi : 

1. Pakai inner 
Korang boleh pilih nak inner macam mana, kaler apa.
(aku ni da macam jual tudung pulak*__*)


Opp opp ! nehi nehi ! bukan  macam ni. Ini takde function la, sebab tak tutup leher. Inner ni nak pakai dengan tudung tak jarang boleh la.

Pakai yang macam ni. TUTUP LEHER .

Jadi, kalau nak senang + selamat , pakai tudung syria kecik kat dalam. Tak mahal pon, banyak jual sekarang . Online lagi. Beli 2 pun da cukup. Boleh pakai dengan apa - apa tudung.

2. Tudung AKEL atau apa apa jenis tudung yang tak jarang.
Kalau rasa leceh nak berinner inner ni, belilah tudung yang tak jarang . Banyak je sebenarnya kat kedai tu. Kadang2 aku tanya peniaga tuh , 

" Acik, tudung ni jarang tak ?"

"Tak jarang . Kain tebal ni dik"

Aku dengan penuh curiga test sendiri kain tuh . Huhh, hampeh punya peniaga. Jarang kot ! 
So, hati-hatilah ketika membeli. Jadilah pengguna yang bijak !

Tudung ni memang banyak jual. Tak jarang + ringan . Tengok, Dena Bahrin pakai woo. Style kan ??

http://denakamarulbahrin.blogspot.com

Sebagai penutup, kita yang pakai tudung. Aurat kita, maruah kita. Tutup aurat, kita selamat . 

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

an-Nur :31

1 comment:

  1. Jom tutup aurat dgn sempurna.
    Jemput singgah nurhijabhouse.blogspot.com tudung akel FREE SHIPPING :)

    ReplyDelete