Jul 31, 2014

Siri Tadabbur Juz 30 : Al-Asr

Ketika tamatnya kisah suka duka di dalam bulan Ramadhan , tibalah masa kita diuji dalam bulan Syawal yang penuh dengan godaan-godaan nafsu . Oh tidak !

Nafsu mengupload gambar di fesbuk
Nafsu makan ketupat lemang dan rendang bergelen-gelen kalori
Nafsu menunjuk-nunjuk aksesori dan pakaian raya
Oh tidak !

Saat inilah , ruh ramadhan itu diuji . Adakah masih berbekas di hati atau pergi dibawa angin . Adakah kita menjadi rabbaniyyun atau ramadhaniyyun . Setiap orang , aku sangat yakin , mengalami cerita kisah suka dan duka yang dialami sendiri dalam bulan yang penuh berkah , ramadhan  .
Betapa satu benda yang sangat sedih , bila kita tak rasa sedih akan ramadhan yang sudah pergi . Dan aku sangat-sangat risau ketika mana aku dah tak merasakan kesedihan tu .

Allah telah menetapkan , masa yang dah pergi takkan dapat diputar kembali .
Ramadhan yang telah pergi takkan dapat diraih kembali .
Sungguh merugi lah orang yang telah mensia-siakan ramadhan .
Rugi...
credit

103:1 Demi masa
103:2 Sungguh , manusia berada dalam kerugian
103:3 kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran 
103:1: Demi masa
Apabila Allah , telah bersumpah . Maka ia adalah sesuatu yang amat besar . Dan sumpah Allah , pada MASA itu sendiri menunjukkan ia adalah benda besar . Sangat besar namun sering dilalaikan manusia .

 103:2 Sungguh , manusia berada dalam kerugian
Betapa banyak perkataan Khusr itu di dalam alquran, menunjukkan Allah sungguh-sungguh menyatakan kita sangatlah rugi . Rugi kerana masih tidur . Masih tidak sedar , yang kita sudah tidak ada masa untuk berlengah-lengah . Kita sudah tidak ada masa untuk masih bermain-main . 


103:3 kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Dalam ayat ini , ada 4 ciri-ciri manusia yang Allah kata tak akan rugi .


Orang yang beriman
Orang beramal soleh
Orang yang saling menasihati untuk kebenaran
Orang yang saling menasihati untuk kesabaran 

Iman dan amal soleh adalah ciri-ciri abid
Saling menasihati untuk kebaikan dan kesabaran adalah ciri-ciri khalifah 

Allah telah pun menyatakan tujuan hidup manusia hanya dalam satu ayat yang ringkas . Allahu .
Iman itu sendiri , tak mungkin membuahkan kejahatan . Tak mungkin bila di dalam hati ada iman , kita hanya duduk diam dan tidak bergerak . Hanya menyimpan kebenaran Islam itu di dalam diri kita seorang . Mustahil la .
Macam apa Sayid Qutb sebut dalam fi zilal


'Amalan yang soleh itu merupakan buah yang tabi'i dan iman, juga
merupakan gerakan automatik yang bermula pada saat bertapaknya hakikat
iman di dalam hati manusia. Kerana itu iman merupakan satu hakikat positif
yang dinamis. Sebaik sahaja ia bertapak dalam hati manusia ia terus bergerak
menonjolkan zatnya keluar dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman
dalam Islam. Ia tidak tinggal begitu beku tanpa bergerak, tidak tinggal
tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar
tubuh seseorang Mu'min. Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka
ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan
bunga yang tidak berbau. Oleh itu amalan yang soleh harus tercetus dari

keimanan itu secara tabi'i jika tidak maka keimanan itu tidak wujud.


"Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka
ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati"

Nah , secara terang-terangan . Amal adalah buah kepada tolakan iman dari dalam . Sebenarnya , daripada kefahaman dan ikhlas itulah lahirnya iman . Nak cari kebenaran itu susah . Nak sampaikan kebenaran lagi susah . Kalaulah Allah hanya menetapkan abid sebagai tujuan hidup kita , habislah manusia-manusia tidak dapat merasakan keindahan islam . Habislah manusia semuanya akan hidup dalam kegelapan jahiliyah .

Kerana itulah rantaian dakwah ini tidak boleh berhenti !

Rantaian ini harus diteruskan  dan disambut dari generasi yang telah mendahului kita dalam mewarisi syurga. Kerja ini bukan mudah dan tak menjanjikan bahawa kita tak akan diuji . Malahan di jalan inilah kita diuji dengan sebenar-benarnya . Dibersihkan hati ini sebersih-bersihnya .Adakah masih terpalit dunia itu di hati ? Adakah masih ganjaran-ganjaran manusia yang kita harapkan ?
Di sinilah kesabaran itu amat perlu . Bukan mudah nak buka mata manusia untuk bangun dan sedar daripada tidur yang lena . Cacian , hinaan , sindiran dan anggapan-anggapan mereka pada kita bukan mudah untuk ditelan . Ia amat sakit . hingga bisa saja air mata ini mengalir . namun kaki harus terus melangkah. Sakit kerna yang melukakan itu boleh jadi adalah keluarga kita sendiri , malahan sahabat-sahabat yang selama ini berdiri teguh di belakang kita, malahan masyarakat yang selama ini mendukung kita . 

Tapi , atas jalan ini , mungkin saja semua itu berubah 
Kerna kita telah memilih jalan asing ini .


Orang yang saling menasihati untuk kebenaran
Orang yang saling menasihati untuk kesabaran 

Perkataan 'saling' itu juga diulang-ulang menunjukkan yang kalau kita nak buat kerja dakwah ni . Tak boleh kita je memberi . Tak boleh kita je menegur . Kita pun harus dinasihati ke arah kebenaran . Dan kita juga harus dipesan dengan sabar . Kita bukanlah ingin menjadi orang yang hanya membetulkan orang lain tanpa menyedari , kita terlebih dahulu perlu dibetulkan !
Malah , 'saling' menunjukkan bahawa umat Islam memang secara fitrahnya saling memerlukan . Rongaklah tarbiyyah tu , kalau kita sahaja mentarbiyyah , tanpa ditarbiyyah . Atau kita sahaja ditarbiyyah , tanpa mentarbiyyah . 
Betapa indahnya Allah menuturkan kalamNya . Jikalau kita faham .

Wahai daie , jadilah manusia yang sanggup .
Dilunyai dengan ujian .

Wahai daie , jadilah manusia yang rela
Menjadi saki baki sisa , dan harapan .

Wahai diri , sahutlah seruan al-asr
tatkala ia menyerumu . 
Demi masa ,
Aku tak mahu rugi !


(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
13:24

Dan kerana TuhanMu , bersabarlah
74:7

Kita hidup memang nak cari masalah . Kita jebakkan diri dalam DnT memang sebab nak dapat masalah . Kalau tak de masalah , kita tak dapat lah nak feel quran . Mana mungkin , Quran dapat menjalankan tujuannya untuk menyelesaikan masalah , kalau kita tak ada masalah dalam kerja-kerja gila nak bawa Islam . 




No comments:

Post a Comment