Aug 19, 2014

Kerna akhirnya , Daie itu hanya manusia

Daie juga manusia
Ada gemuk , ada pendeknya 
Ada putih ada gelapnya 
Mengapa diperli fizikal yang tidak dipinta 
Kononnya akhawat ,diminta dilapangkan dada 
49:11 tidak pernah kau baca ?

Daie juga manusia 
Punya keluarga punya saudara
Punya kewajipan hak sini dan sana
Lalu mengapa bersangka-sangka
"Ah dia sudah futur dan tidak bersama kita !"

Daie juga manusia 
Ada masa sedihnya
Ada masa tawanya 
Air mata bukan tanda tidak redha 
Ketawa girang bukan tanda hati mula leka

Daie juga manusia 
Kadang perlukan belai dan kata-kata mesra
Bukan mahu meminta-minta 
Namun jahiliyahnya dahulu memberi kasih pada yang dusta
Mujahadahnya meninggalkan lelaki dan cinta 
Dan kini cintanya adalah untuk yang  Esa
Bukankah itu tanda cinta setia ?

Daie juga manusia 
Ada baran , ada sejuknya
Ada lemah , ada silapnya
Ada keburukan dan caca merbanya

Kerana apa ?

Kerana Daie itu hanyalah MANUSIA..!

Dia hanya menjadi seorang manusia dan tidak mampu menjadi lebih dari taraf seorang manusia . 

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.
Furqan : 20


Mahukah kamu bersabar ?

No comments:

Post a Comment