Dec 12, 2014

Awas ! Ini kawasan hantu !

Teringat kisah dahulu kala  , ketika mana usia aku masih kecil . Dalam banyak-banyak hantu , hantu yang aku paling takut adalah pocong . Hidangkanlah aku hantu Ju-on , atau hantu pontianak,atau apa saja pun . Poconglah yang berjaya menduduki tangga pertama dalam senarai hantu-yang-aku-paling-takuti .

Hakikatnya , figura pocong itu diambil dari rupa bentuk jenazah yang telah dikapankan . Ia berbentuk seperti gula-gula yang telah diikat , atas dan bawahnya .

Mengapa pocong sangat ditakuti ? Adakah kerana dia melompat-lompat ? Atau kisah pocong menjenguk ke tingkap , minta untuk dibukakan ikatan kepala ?

Sebenarnya , hakikat menakut-nakutkan anak-anak kecil dengan figura mayat yang hidup semula dan melompat-lompat minta dilepaskan ini , bukan perkara kecil . Bukan perkara main-main . Ia adalah perkara besar . Sebab apa ?

Ketakutan ini akan menghantui anak kecil itu , hingga dia besar .
Dia akan menjauhi kubur .
Dia akan menjauhi tempat yang sepatutnya didekati .
Kerana apa ?
Kerana takut akan pocong yang ada di kubur . Berasal dari lubang kubur .

Bukankah ini parah ?
Di mana lagi dia bisa mendapatkan motivasi terhebat untuk mendekati akhirat , kalau bukan di kubur .
adakah mahu menunggu kematian saudara atau rakan terdekat untuk menziarahi kubur .
Sedangkan Rasulullah mementingkan hal ehwal menziarahi kubur ini.


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil” (Hadis riwayat Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak)

Dalam hidup , kita perlu tahu . Kita pasti mati . Wajib mati . Tiada manusia yang tidak mati . Hatta , amal dan ibadah yang kita lakukan sekarang ini adalah untuk mempersiapkan diri untuk mati . Kubur adalah tempat yang bisa membasahkan kembali hati yang telah mati . Hati yang telah kering kerna lama tidak disiram dengan embun keimanan .

Segalanya berubah bila mana , ayah , saban tahun membawa kami ziarah kubur arwah atuk , arwah nenek , arwah maksu dan arwah pakcik . Tazkirah yang ayah beri di atas liang lahad sangat-sangat basah .

Kubur adalah kawasan ruhi . Benar-benar ruhi . Melihat kepada batu nisan , tercatat tarikh lahir dan tarikh mati si arwah . Ada yang singkat , ada yang lama . Dan kita , pasti mengira-ngira yang kita sudah tidak lama . Sekejap sahaja lagi nafas ini akan diambil . Berakhirlah nikmat-nikmat , jerit payah di dunia . Kan tiba perjalanan menghadap Tuhanmu . Wahai insan , wahai du'at . Bercakaplah soal akhirat di atasnya. Kerna pada kubur itu , ada tarbiyahnya .

Masa tu , ayah cerita tentang kebaikan arwah nenek . Nama nenek Fatimah . Macam nama anak nabi . Kata ayah , nenek orang yang tak berkira langsung lagi-lagi melibatkan makanan . Walaupun nenek hidup susah , dia berniaga nasi lemak pun tak kedekut . Segalanya dilebihkan atas niat nak bagi orang yang makan tu rasa kenyang .

Sebenarnya bila pikir balik , orang dulu-dulu sangat lah bersungguh2(jiddiyah) dalam bab-bab ibadah . Bila solat kat masjid pun , tengoklah golongan mana yang mendominasi . Golongan yang itu . Yang dahinya sudah lama tidak sujud ke tanah disebabkan solatnya hanya di atas kerusi . Golongan yang bangkit dari sujud pun lambat . Golongan yang pabila kita yang muda ni solat di sebelahnya , terdengarlah bunyi tulang-tulang rapuh bergeseran dimakan usia . 
Mereka sangat yakin akan Allah . Sangat yakin untuk buat tujuan hidup sebagai 'abid . Yakin sehinggakan datanglah apa jua kesakitan , mereka rela . Walaupun kalau nak diikutkan , part khalifah sesetengah dari mereka tak delah settle sgt . Bahkan mungkin ada segolongan yang tidak tahu part khalifah tu , tapi at least mereka betul-betul struggle untuk settlekan part abid .

Sedangkan kita ?
 Walhal kita sangat yakin dan tahu akan tujuan hidup kita sebagai seorang 'abid & khalifah. Sebut je dalil yang mana segalanya sudah terpahat di ingatan . 2:30 & 51:56. 
Dan mungkin kita adalah orang yang buat 2 tujuan hidup tu tanpa mengabaikan salah satu.


Tapi , sejauh mana kita betul2 all out dalam buat kedua2 tujuan hidup tu . Mungkin lah pakcik makcik generasi awal dulu2 ni memang tak faham tujuan hidup as khalifah tu , means hanya menekankan part 'abid . Tapi mereka sangat all out untuk jalankan tugas sebagai HAMBA . Yang sedar dirinya berTUAN . 

Kita ?
Tahu pasal keduanya2
Sedar kena buat kerja 'abid & khalifah 
Tapi sejauh mana kita betul2 all out ? betul-betul berbuat ?

Allahu...


Maaf , post ini hanyalah supaya kita berfikir .. Tanpa perlu aku utarakan jawapannya 




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.

Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.



No comments:

Post a Comment