Jan 26, 2011

SET PINGGAN MANGKUK DAN RACUN TIKUS

Apa?apa kaitan tajuk entry kali ni..?
Pepatah ada mengatakan,dont judge the entry by its header. Okay.?


Perasan tak?bila sebut pasal wanita atau lebih tepat lagi sesetengah wanita ni lepas kahwin terus gila dengan set pinggan.Tak kisahlah jenama apa pun.Sebut je pinggan Pyrex ke,Vantage ke,Corelle ke.


Sibuk nak beli nak guna la padahal nak display dekat dalam almari je.Mana tahu ada tetamu datang bolehlah jeling2 almari tu padahal sebelum kahwin kalau mak ajak teman pegi tempat pinggan mangkuk mulalah ajak balik. Bosan !


Tersebutlah kisah seorang pasangan suami isteri yang baru berkahwin.Mereka pun pergi shopping sama-sama berpimpin tangan.Lalu si isteri pun ternampak la set pinggan mangkuk.Apa lagi bukan main excited nampak pinggan mangkuk dia pun mintak suami dia belikan.
dont shop till drop !!
picture by feldon of deviantart



"Abang,belikan la ayang set pinggan mangkuk ni.."rayu si isteri sambil buat muncung itik


"Ayang,kan hadiah kahwin kita tu banyak lagi?"si suami tak mahu mengalah


"Ala bang,itu corak lain,ayang nak yang ni! Nak jugak! Nak jugak!"


Si suami pun terus buat donno karang makin dilayan makin menjadi-jadi.
pastu dorang pun balik la rumah.


----------------------------------------------------------------------------------------
Sampai je kat rumah,si suami siap-siap nak pergi ke surau.Si isteri pulak tunggu depan pintu rumah.


"Abang,kalau abang tak beli jugak pinggan tadi,saya bunuh diri malam ni!.."


Si suami macam biasa buat tak tahu takkan la bini dia nak bunuh diri semata-mata sebab pinggan.


Nak dijadikan cerita,balik je si suami dari solat dekat surau,tengok-tengok isteri dia dah terbaring kat lantai.


Si suami pun fikir `bini aku penat la ni buat kerja rumah`


Si suami pun mendekat la untuk kejutkan bini dia tengok-tengok isteri dia dah mati dan kat sebelah tubuh dia ada racun tikus.Tahulah si suami yang bini dia baru bunuh diri semata-mata kempunan nak dapat pinggan !


picture by lucyobv of deviantart


moral of the story;kalau isteri mintak pinggan tu,jangan tangguh,terus beli je.ngueh ngueh ngueh:)

Oops,bukan,bukan,bukan ! ! 
Sebenarnya apa yang cuba ditimbulkan di sini,nipis sangat ke Iman kita sampai sanggup bunuh diri semata-mata tak dapat penuhi keinginan dunia kita?.Macam contoh cerita di atas,si isteri sanggup bunuh diri sebab marah kat suami.


Macam yang semua tahu dosa bunuh diri ni Nauzubillah,dosa yang amat besar dan takkan cium bau syurga sebab suka-suka je tarik nyawa yang sememangnya milik Allah !


Tapi dalam hal ni,kita bukan nak sentuh pasal dosa bunu diri je.Tapi banyak lagi dosa -dosa yang tanpa sedar kita buat.Mengumpat,dedah rambut,dedah body,tak tutup aurat dengan sempurna,lembutkan suara depan lelaki bukan mahram,memfitnah, macam2 lagi.




Jadi,dalam diri kita kena ada satu sifat, sifat Takut kepada ALLAH.
Bila kita takut Allah,kita akan berusaha jauhkan diri daripada larangan Allah bukan macam perasaan takut kita kat makhluk Dia.Kadang-kadang kita lagi takutkan makhlukNya.Takut hantu la,momok la.Padahal ade benda lagi besar untuk ditakutkan. Azab api neraka .Api yang dah jadi hitam sebab dah lama sangat dibakar .Sedang menjerit mengingatkan orang yang lalai akan siksaan di dalamnya








(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu,API yang menjulang-julang. (11) Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh. (12) Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (13) (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sapi ebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14) Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (15) (Al-Furqaan [25] : 11 - 15)



No comments:

Post a Comment