Jul 10, 2011

MEREKA itu memandang KITA begini

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)




come on you MUSLIM<3 ! be proud with our Quran and what Muhammad PBUH had taught us
picture by lifeshadows of deviantart
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh







Umat Islam,DAHULU
Mereka disanjung tinggi,keperibadian setiap pemimpin sedikit sebanyak mengubah tanggapan orang yang dipimpin mereka.Mendengar laungan La Ilaha Illallah sudah cukup membuatkan hati musuh bergetar hebat di medan jihad.Lihat saja Al-Farabi,Al-Jabar,Al-Baihaqi. Ilmu cukup penuh di dada,Iman tidak lopong walau sedikit pun.


Umat Islam,KINI
Lemah,tak tahan ujian,leka,lalai. Apa yang sebenarnya telah merasuk fikiran mereka ? Kontradiksi dengan mereka yang DAHULU. Permainan dan propaganda mengancam Barat, konspirasi Freemason nampaknya telah berjaya menyuburkan benih yang ditanam dalam pemikiran umat Islam.


  ...........................................................................................................................
Pengalaman ini aku rasakan sendiri,macam mana non-muslim punya tanggapan terhadap muslim.
"Orang Melayu ni slow,lembap ! Kalau belajar tak reti nak berdikari,buat homework msti nak tiru orang."


Betul,seriously aku boleh nampak. Orang melayu makin dipijak-pijak.Kalau kat matriks aku tuh,bape ramai yang hanyut. Kenapa ea ? diorang lebih sibuk dengan cinta,dating,mesej. Sedangkan orang Cina,India .. Semua sibuk mengejar pelajaran diorang.Kalau boleh diorang tak nak ketinggalan satu apa pon !


Mungkin pernah terdetik kat hati kita, " Kenapa orang bukan Islam lagi berjaya ? diorang tak solat,tak puasa . Doa  ? lagi lah tak . Doa depan patung bisu pulak tu . Tapi kenapa aku , aku tak berjaya macam diorang ? Kat mana salah aku ? Aku dah do'a,solat aku tak tinggal . Tapi tengok result aku sama je macam dulu "


Astaghfirullah,jangan pernah cakap macam tu, nilai balik. NILAI BALIK apa usaha kita setakat ni. 
Kelebihan yang Allah bagi kat orang kafir boleh kita kenali sebagai Istidraj


Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).





Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.Apabila mereka dapat kelebihan tu,mereka akan jadi bertambah sesat macam Firaun,Namrud,Qarun. Inilah yang dinamakan istidraj.






JADI,bersabarlah .
Itu salah satu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. 


Mengapa perlu risau ? teruskan berdoa,usaha ,panjatkan do'a tanpa jemu.Allah dengar kita kan :)




Pernah dengar tentang persaingan ? Selalu kita disuruh agar bersaing. Tapi sedar tak, sebenarnya Islam dah lama menekankan perkara tu. Bersaing dengan DIRI KITA . Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

1 comment:

  1. bicaramu ini menaikkan semangatku untuk bersaing..

    ReplyDelete