“Ustazah , nak ke mana tu ?”
“Ustazah , assalamualaikum “
“Jangan gelak kuat-kuat , ustazah kita kat
depan ini marah nanti !”
Lama Qatrun berdiri di hadapan cermin ,
menatap refleksi dirinya . Merenung sehelai tudung labuh yang setia melindungi
mahkota berharga miliknya .
Mahkota kurniaan Tuhan , yang tidak dapat dijual beli dan ditukar ganti .
Mahkota kurniaan Tuhan , yang tidak dapat dijual beli dan ditukar ganti .
“USTAZAH” . Itulah panggilan yang acapkali
didengari telinga Qatrun . Qatrun tidak kisah kalau orang memanggilnya begitu
untuk mendoakan dia menjadi seorang ustazah atau paling tidak mempunyai
ciri-ciri seorang ustazah yang kaya dengan ilmu agama .
Tetapi , seringkali telinganya menangkap nada-nada ejekan dan hinaan . Seolah-olah bertudung labuh bulat itu suatu yang asing , seolah –olah dia bersalah kerana memilih untuk bertudung labuh bulat. Kalau semua manusia boleh membuat pilihan mereka sendiri , untuk memilih di antara Mercedes atau Toyota , Gucci atau Prada , mengapa dia tidak boleh memilih cara berpakaiannya sendiri ?
Tetapi , seringkali telinganya menangkap nada-nada ejekan dan hinaan . Seolah-olah bertudung labuh bulat itu suatu yang asing , seolah –olah dia bersalah kerana memilih untuk bertudung labuh bulat. Kalau semua manusia boleh membuat pilihan mereka sendiri , untuk memilih di antara Mercedes atau Toyota , Gucci atau Prada , mengapa dia tidak boleh memilih cara berpakaiannya sendiri ?
Mengapa perlu mengejek ?
Mengapa perlu memerli ?
Mengapa ??!
Semua persoalan itu dibiarkan bersimpul
dalam kepala Qatrun . Dia sudah lambat ke kuliah .
Kuliah . Kuliah bermakna dia akan berjumpa
Rasyidee. Berjumpa Rasyidee bermakna dia akan diperli . Diperli bermakna dia
akan kehilangan semangat . Seperti sebelumnya . Sedih .
“ Ha ustazah , nak ke mana itu ? Kesian
jalan seorang diri . Tak ada kawan kah ? hahaha” Rasyidee gelak menggila .
Entah mengapa, suka benar dia menyakat
Qatrun . Sedangkan Qatrun tidak pernah melayan karenahnya. Sudah lapan bulan begitu , lamanya untuk
bersabar . Adakah ujian ini tidak akan berakhir ?
Benci ! Kalau tidak diikutkan kekuatan dan
dorongan yang diberikan kawan – kawannya , sudah lama Qatrun memilih untuk
memakai tudung biasa . Seperti dia yang dulu . Mujurlah dia mendapat tarbiyah
awal di SAM Tinggi Hisamuddin . Sekolah yang amat disayanginya . Sekolah yang
mengajar dia bertudung labuh . Walaupun ketika awal persekolahan menjadi
pelajar tingkatan satu , dia langsung tidak tahu cara menggosok tudung labuh
bulat .
Qatrun memilih untuk duduk bersendirian di
taman rekreasi di belakang fakulti sains . Tenang .
Tanpa disedari, air hangat mengalir di pipi
. Basah .
“Ya Allah , kenapa orang pertikaikan
pemakaian aku ? Salah ke , aku nak pakai macam mana yang rasulullah ajar .
Salah ke , kalau aku nak jadi macam isteri Nabi dan sahabat ?”
Qatrun menggenggam hujung tudungnya .
Lembut saja warnanya . Merah jambu cair memang warna kesukaan Qatrun . Teringat
memori lama di alam persekolahan .
******************************
“Ekin , jahitkan tudung aku ini boleh ?
Please . Aku tak nak hantar kedai . Makcik Temah ambil upah jahit mahal sangat
lah . Kalau setakat jahit tengah , upah sampai RM 15 . Kopak lah duit aku !
Tolong eh , tolong . Tengoklah sini aku buat muka comel . Wink – wink “
Qatrun dan Ekin sahabat baik. Makan bersama
, tidur bersama , mandi pun kadang bersama . Tak cukup dengan itu , segala
sesuatu rahsia semuanya dikongsikan dari sekecil-kecil rahsia rancaknya Qatrun
mempertikaikan motor pak cik guard yang sudah lusuh sehingga sebesar – besar
rahsia tentang gossip panas antara Cikgu Ainil dan Cikgu Wafiy . Maklumlah ,
zaman kanak-kanak Ribena memang tidak terlepas dari gossip dan propa !
“ Bagi sini tengok kejap” Ekin menghulurkan
tangan untuk mencapai bungkusan plastic KAMDAR. Komik Kreko yang menjadi
kegilaannya diletak tepi katil . Dorm Rabiatul Adawiyah hanya dihuni oleh
mereka berdua .
“ Lah , kacang je . Bagi aku gunting ,
benang , jarum dan paling penting !
Upah !” Ekin menambah.
Upah !” Ekin menambah.
“Ngada .. !” Qatrun mencebik .
“HAHAHAHA . Comelnya kawan aku seorang ini
. Gurau la ! Aku boleh buat , tapi bahagian tepi tu kau lilin sendiri la eh .”
Ekin dengan pantas menunjukkan skill nya
. Dia membentangkan kain lembut berwarna merah jambu itu di atas lantai .
Lantas , tangannya laju mengukur labuh yang bersesuaian dengan Qatrun .
Kemudian , menggunting kain tersebut , lagaknya seperti tukang jahit
professional . Jarum dan benang berwarna senada digapai . Ekin menjahit
bahagian tengah tudung tersebut seperti standard kebanyakan pelajar sekolah
agama yang lain . Kemas dan cantik .
Setelah berpuas hati dengan lagak ngeri
yang baru ditunjukkan , Ekin mengukir senyuman kepuasan ! Lantas diserahkan
kembali untuk Qatrun mengukur sama ada labuhnya bersesuaian ataupun tidak .
Jika labuh , boleh digunting sedikit , supaya selesa.
“ WAH ! sayang kau ketat-ketat ! Cantik .”
Qatrun memeluk tudung barunya .
“Erm , Qatrun ..” Ekin teragak-agak .
“Ye..?” Qatrun tidak lepas dari memegang
tudung hasil jahitan Ekin .
“Janji dengan aku,kau akan simpan tudung ni
sampai bila-bila . Mungkin secebis kain
berharga tak sampai sepuluh ringgit ini yang akan dapat selamatkan kau tatkala
pakaian kita mengheret kita masuk dalam neraka .
Mungkin sehelai tudung labuh ni yang dapat menepis panas api neraka nanti” lembut nada Ekin . Damai .
Mungkin sehelai tudung labuh ni yang dapat menepis panas api neraka nanti” lembut nada Ekin . Damai .
“ Insyallah . Kenapa emosi ni ? Wah , ayat !
Tak sangka ! Komik mana yang ajar kau ayat ini ? Bagi aku tengok.” Qatrun
menolak lembut bahu Ekin . Tak sangka , Ekin yang brutal dapat menuturkan
kata-kata indah sebegitu . Jujur , Qatrun tersentuh . Cuma , tersentuh dalam
diam . Tanpa perlu ditunjukkan .
“
Terima kasih kawan” Qatrun bermonolog sendiri .
******************************
Qatrun menyeka air mata dengan hujung lengan
jubah ungu muda pemberian ibunya. Awan memori di awangan cepat-cepat ditepis
pergi .
“Ouch , sakit ..”
“Ibu ni bagi jubah banyak sangat kerawang .
Sulaman dia lagi . Tengok aku nak lap air mata pun sakit.”
Sempat Qatrun memarahi jubahnya yang
langsung tidak bersalah . Alahai ! Lantas ,foto dia dan Ekin disimpan kembali
ke dalam beg sandang berwarna hitam ditambah dengan perincian bunga emas .
Tanpa disedari , sepasang mata sedang
memerhatikan gelagat Qatrun dari tadi . Bagaimana Qatrun menangis bersendirian
, bagaimana Qatrun kuat menggenggam tudungnya, bagaimana Qatrun memegang
sekeping foto . Entah foto siapa , tidak dapat dilihat dari jarak sejauh itu .
Perasaan bersalah merenggut diri .
******************************
Malam itu , Rasyidee bingung . Ke hulu ke
hilir dia berjalan di ruang kamarnya . Entah kenapa , dia tidak pernah
merasakan perasaan serba salah yang menggunung dan menunggu masa untuk
menghempap dirinya. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui satu kebenaran . Dia
mengakui , dirinya jahil agama . Dia tidak bersekolah agama sejak kecil . Kalaupun ditanya tentang agama ,dia
hanya mengetahui yang asas-asas sahaja.
Lantas , jarinya menekan papan kunci computer riba Toshiba merah
kesayangannya.
Pakcik Google sedia membantu . Rasyidee
menggerakkan jari jemarinya .
KELEBIHAN BERTUDUNG LABUH
Dan ,,,
Tersentak .
“Qatrun ….”
Malam itu , hanya Allah yang mengetahui .
Pintu hidayah telah terbuka . Selamat datang Haikal Rasyidee ke dalam taman
hidayah .
************************************
“Pelik , pagi ini tak nampak pula Rasyidee
? Bagus lah . Aman duniaku” Seperti biasa , Qatrun dengan tudung labuh bulatnya
mendaki tangga menuju ke perpustakaan awam universiti seusai kuliah tamat.
Kakak usrahnya, kak Syafina sudah
memberikannya kekuatan , untuk istiqamah dengan tudung labuh itu . Berpakaian
kerana Allah , tidak akan mengecewakan . Bukankah Allah telah berjanji ,
pakaian taqwa adalah yang terbaik !
Qarun membuka lipatan kertas biru yang
diberikan oleh kak Syafina . Senyum.
Pernah tak tengok sebatang pokok ? Kalau tak ada dahan
yang pahit , batang yang pahit , akar yang pahit , dan daun yang pahit itu ,
mana nak dapat buah yang manis ? Macam tu juga hidup kita , kalau tak ada
kepahitan yang ditempuh , macam mana nak dapat syurga yang manis ?
Syurga itu mahal ! Dipagari segala macam kepahitan dik
, Allah saja yang tahu perit jerih kita untuk dapatkan syurga itu . Kalau Allah
dah nampak usaha kita , buat apa kita fikirkan pandangan orang lain lagi kan ?
Kali ini juga , Qatrun diperhatikan
sepasang mata bening milik Rasyidee . Rasyidee yang mula memahami erti sebenar
tudung labuh . Kalau dulu , dia beranggapan tudung labuh itu tidak menepati
fesyen terkini , seperti khemah berjalan
. Tetapi , hidayah Allah , siapa yang tahu . Kalau Allah punyalah beriya dan
bersungguh nak suruh wanita tutup aurat mereka , kenapa wanita tak boleh lebih
bersungguh dan beriya daripada itu ?
Dan Qatrun , tanpa sedar . Telah mejadi
perantara untuk hidayah Allah . Benar , untuk menasihati orang lain , segalanya
bermula dari dalam diri . Ye , diri ini ! Tunjuk tangan ke dada .
Alhamdulillah, coretan adik banyank membantu pelajar2 metrik.
ReplyDelete:)
ReplyDelete