Jan 20, 2012

"BABI ar kau !! "

Opps, post title yang agak kurang ajar pabila dibaca sekali lalu ni mungkin menyebabkan orang tertanya-tanya, betulke ini blog sarah imtiyaaz ???


Sabaq,sabaq . Amboi dengar BABI je terus nak hangin . 
Ni nak habaq mai, kita ni suka sangat cakap macam ni :
" Kau ni lagi bodoh dari lembu ! "

" Anjing ar kau,sial ! "
" Babi tol , pe masalah kau ha ?! "


Sedih kan , bila dengar ? Cuba kalau ada satu device yang boleh track apa yang anjing tu cakap 
( macam citer The Sound Machine time belajar literature form4).
Agak-agaknye lah kan, pe yang akan anjing , babi, siput sedut and lembu tu cakap bila dengar manusia hina dia macam tu ?


Dan kita mungkin tak sedar, sebabi-babi dia pun, dia boleh masuk syurga sebab haiwan ni bukannya perlu hisab banyak macam manusia. Tengok-tengok anjing yang kita hina tu masuk syurga dulu , kita ni dah kematu kempunan nak masuk pintu syurga tapi tak boleh sebab tak lepas hisab.


Ayyuha readers , kita ni manusia . MANUSIA . Sebaik-baik ciptaan Allah

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Q.S AT-Tiin : 4)

Jin pun kalah,tak cantik macam kita
Kita ni hidup kalau tak nak beribadah kat ALLAH, habis kita nak buat apa ? roggeng 24 jam ?

Jadi,dalam dunia ni kita memang dah dikurniakan Allah  medium untuk mendengar dakwah. 
Apa dia ?
-Pendengaran
-Penglihatan
-al af'idah(akal)


picture by aimeelikestotakepics by deviantart




1.Pendengaran


Kalau nak ikutkan ,haiwan lagi tajam pendengarannya dari manusia,boleh bau mangsa walaupun jauh,boleh dengar jeritan ahli qubur. Kalau forensik nak cari mayat lama ke, bangkai ke. Kan guna anjing . Nak tunjukkan betapa kuatnya deria dia dari kita,tapi lagi rendah darjat dari kita. Kenapa ? Kerana manusia sebaik-baik kejadian. Dalam Al-Quran pun Allah sebut : 


Innallaha sami'un bashir " 
perkataan mendengar (sami') selalu mendahului perkataan melihat (bashir)


2.Penglihatan


Kita pun tahu,haiwan lagi tajam penglihatan dari manusia . Boleh memburu mangsa dalam gelap malam , hatta tak ada cahaya pun yang menyinari hitam dan legam malam tu . Sang bulan yang menyorokkan diri pun tak memberi kesan kepada diorang sebab diorang memang lebih dari manusia dari segi penglihatan . Tapi, setajam mana binatang tu boleh tengok mangsa dari jarak jauh,   darjat tetap rendah dari kita. Kenapa ? Kerana manusia sebaik-baik kejadian. 


Jadi, tang mana yang manusia lagi tinggi dari haiwan ? 




Tentunya tang AKAL !!


Kepala manusia terletak tinggi dari kemaluannya simbolik kepada tingginya kedudukan akal dalam hidup .
Kepala haiwan terletak selari dengan kepala bahkan begitu hampir dengan kemaluannya,menggambarkan rendahnya martabat akal pada binatang-binatang ni.


Jadi kalau manusia yang berakal ni pun tak reti mengakui Allah sebagai Tuhan,tak habis-habis langgar perintah Allah,belakangkan Allah..sedangkan kalau Allah tarik nikmat satu molekul oxygen pun,dia pasti akan binasa .


Agak-agak , kalau dah macam tu
siapa lagi teruk ? Manusia atau Haiwan ?


by elatarie of deviantart


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 

(al-araaf :179)

Kesimpulannya ,ada mata , lihat. Ada hati fikir lah, mana milik kita ? Kita akan kembali kepada Allah. Hargailah nikmat menjadi sebaik-baik kejadian .





picture by mijnnaamis of deviantart


Korang,kalau rasa hati kacau ,pandanglah ke langit, automatik kita akan ingat pencipta langit yang serba sempurna tu.Hati akan jadi tenang,
Tak ada kecacatan . Kalau rasa tension,bentang tikar baring tengok langit
 ( dah lama teringin nak buat ni ^^)


Kalau bentang tikar,baring tengok siling rumah . Ya Allah,penuh dengan sawang nye,sarang lelabah,dinding kopak kena hujan..aiiiyarkk ! ( bukan siling rumahku ye !) ^.~

No comments:

Post a Comment