Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Dec 9, 2012

INI SEJARAH KITA


“Jangan lupe besok , tunggu kat main bus stop UM pukul 8 pagi ea ”

Mesej yang aku terima dari murabbiyah ku Najihah , lantas dibaca dengan segaris senyuman .

ISK .
Program yang bakal membuka mataku katanya .Mataku , mata kami semua . Seringkali ku dengar program ISK atau nama panjangnya “INI SEJARAH KITA”.

Like , seriously ? Belajar sejarah ? Mak aih , tak cukup ke belajar sejarah masa zaman berperang dengan SPM dulu ?? Kenapa kena tahu lagi ?

Lantas neuron ku menghantar signal kepada si hypothalamus comel , “ Pergi je , mana tau kau dapat sesuatu . Lagipun takkan kau nak belajar je kat kolej . Itupun kalau kau belajar weekend ni . Kalau tak ? cammon , kau bukan robot !”

Syabas tahniah kepada hypothalamus , syaitan tak berjaya merasuk kau !


8 Disember 2012 .
Pengenalan – by Sister Athirah
1.0 SIAPA KITA ?

“Ini sejarah KITA . Kalau kita tengok balik perkataan KITA tu , agak2 awak rasa siapa kita ?” soal kak athirah .
Muslim !
Wanita !
Anak !
Student !
Nah , semua peserta memberi feedback tanda semangat .
Ye , kita ni Muslim . Islam kan . Saya nak tanya , apa beza Islam dan islam ? Apa beza Islam ditulis dengan huruf kecil dan Islam ditulis dengan huruf besar ?
Erm , aku bingung . krik krik krik .
Macam tahu2 saja yang aku memang blur bab-bab kesusasteraan melayu ( lah sangat ) , lantas kak athirah membalas .

Islam-kata nama
islam-kata kerja

Mana satu kita nak jadi ? Takkan islam pada nama je ? Cukup ke guna islam tu bila nak nikah , nak cerai , nak raya haji je ? Kita kenalah berpewatakan macam islam tu sendiri . Ada ngertik ?

Islam adalah kata kerja , bukan kata nama
Islam is a verb , not a noun

Ooo . Mengangguk comel !

2.0 POTENSI KITA

Hadith Logam
“Manusia seperti logam , terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga semasa islam , sekiranya mereka faham”

Logam ? Manusia macam logam ? Tang mana pulak ? soalan-soalan nakal bertamu di fikiran aku . Maybe pada sifat logam tu kot . Tapi , sifat yang mana ?

Ha ! kak Athirah cakap , sifat logam tu adalah KERAS ,KUKUH ,KUAT . Tapi , tetap boleh dilentur.
Contoh masa zaman Nabi dulu , ada seorang penyair Kafir yang sangat feymes sebab berjaya menghasilkan syair yang dapat menaikkan semangat tentera kafir ketika mereka berperang . Lalu , bila dia dah masuk Islam , dia tanya kat rasulullah , perlu ke dia berubah karier (chewah) lepas dah peluk Islam . Rasulullah kata , no ! Bersyairlah , naikkanlah semangat tentera muslimin untuk berperang dengan syairmu !

Tengok , dia gunakan logam dia masa jahil dulu untuk kebaikan Islam lepas dia dapat keFAHAMan .
Katakanlah , kita ni pandai bermain music , mainlah music yang memuji kebesaran Allah , mengagungkan rasulullah , ceritakanlah sirah-sirah melalui music tu . Kalau pandai melukis , lukislah untuk kebaikan Islam , buatlah doodle dakwah ke  , komik dakwah ke . Kalau suka glemer , suka vlogging misalnya . Uploadlah video yang sesuai dengan syariat , super the gempak dengan paparkan mesej-mesej Islamik . Hello , tak kanlah dakwah tu hanya untuk mereka yang berlebai dan berjubah je . Awak nak rempit , rempitlah , janji jangan tinggal ibadah , jangan susahkan orang , jangan susahkan diri . Gua rempit , gua beriman oke ?! kofff kofff

“Kalau dakwah tu hanya melalui ceramah , hanya lidah yang diperlukan manusia untuk hidup”

Tak perlu lah Allah bagi anggota lain kan ? sekian tenkiu
Belum habis lagi .

So , macam mana nak guna potensi kita ? Rujuk al- a’raf 179 .

Allah kata  guna hati . Guna HATI . GUNA HATI ha kan da caps lock .

Jangan guna akal untuk faham agama , tapi guna HATI . Contohnya , bila kita baca buku fizik , momentum berlaku hasil pelanggaran antara dua object ( mass darab velocity ) . Bile dua object tu berlanggar , agak-agak ekau sedih tak ? Nanges ?

Lain pulak hal bila ekau baca novel cintun Andai Itu Takdirnya(my feberet ever ) , ekau nanges ? Aku nanges woo . Seriously meleleh ! Sebab apa ? Sebab aku baca dengan hati . Nah ! lain kan ? Nampak kan beza paham dengan akal atau paham dengan hati .

Analoginya , bila kita sujud ke tanah . Kedudukan akal lebih rendah dari kedudukan hati .


Ini menunjukkan bila kita patuh kepada Allah , kita rela rendahkan kedudukan akal yang kita anggap mulia . Lantas mengaku , yang kedudukan hati lebih PENTING untuk faham agama Allah .

Dalam satu hadith cakap . Allah tu , kalau mahukan kebaikan pada hambaNya , dia bagi kefahaman dalam ad-din (agama). Allah tak bagi dia harta , Allah tak bagi dia pangkat , emas , keluarga yang ramai . Tapi Allah bagi dia FAHAM agamanya . Sweet .

3.0 MISI KITA

Misi Muslim ada dua – sebagai ‘abid dan sebagai khalifah

‘abid (hamba) . Kalau dah nama hamba , mestilah akan ikut je apa yang tuan dia suruh tanpa sikit pun membantah .Tak kisahlah apa pun , dia akan willingly patuh dan taat .Allah firman dalam az-zaariyat ayat 56-58 ,Allah tak ciptakan jin dan manusia , kecuali untuk beribadah kepada dia . See ? Tugas kita kat muka bumi ni , beribadah kat Allah . Buat apa Allah suruh , tinggal apa Allah larang . Mudah kan ? wink wink (ye aku tahu tak mudah )



Khalifah . Maksud khalifah adalah pengganti , wakil , pemimpin. Kita kena ganti tugas rasulullah untuk sebarkan dan sampaikan islam atas muka bumi ini . Pemimpin untuk diri sendiri dan orang lain .


Cuba bayangkan , kita bertanya kepada seorang Buddhist kacak bernama Leong ,

“ Wahai Leong , apa yang kau nak dalam hidup ?”

Lalu Leong membalas ,

“ Aku nak belajar sampai pandai . At least Master . Senanglah nak dapat kerja bagus . Pastu dapat gaji besar.”

Kemudian ajukan soalan sama kepada seorang muslim pintar bernama Arif ,

“Wahai Arif , apa yang kau nak dalam hidup ?”

Lalu Arif membalas ,

“ Apa punya soalan daaa. Mestilah aku nak hidup mewah . Aku nak belajar pandai-pandai macam ibu aku suruh . Pastu , kawen . hehe”

Pacepalm


Macam sama je ? Lebih kurang je jawapan ?
Sama ke tujuan hidup kita dengan orang kafir ?

Mestilah tak kan ? Kita ni hidup bukan sebagai robot . Bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai baju , pergi kerja , balik kerja ,makan , penat , tidur .

Besoknya , bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai baju , pergi kerja , balik kerja ,makan , penat , tidur .
Dan hari-hari kemudiannya ulang perkara yang sama . 

No my dear , we are NOT !







Aku suka benda baru yang aku belajar dari kak thirah .

Analogi lasso

Khalifah mestilah berada dalam kandang ibadah . Jadi kita harus mengajak orang di luar kandang , yang sedang hanyut dalam kesesatan supaya masuk sekali dalam bulatan ibadah kita itu . Bukan ke , tugas khalifah adalah suruh kepada kebaikan dan cegah daripada kemungkaran . Tapi , ingat , dalam masa yang sama , kita TAK BOLEH sesekali keluar dari bulatan ibadah . Gunalah apa-apa cara sekalipun untuk tarik mereka yang di luar tu . Kat sini kaedah lasso ( tali koboy) bermaksud kaedah untuk “MENARIK”. Bagilah umpan , tariklah guna  apa-apa sekalipun . Ekau nak tarik guna kepakaran ekau berpidato , yes silakan . Ekau nak tarik guna kehandalan ekau menulis novel , yes u may . Ekau nak tarik guna kesengalan ( baca kecomelan) ekau membuat video lucu , jangan berhenti !  yang penting ..

 Kamu MENARIK ke dalam , bukan TERTARIK ke luar.

To be continued ..


Nov 14, 2011

HERO . Yang kita cari

Tawakkalna 'alallah wala haula wala quwwata illabillah;)


Saya bukan nak cakap tentang hero di hati saya, saya bukan nak cakap tentang hero  yang sering kita lihat di kaca TV. Superman,ultraman,spenderman,bla bla. Tapi,saya nak cakap tentang 
HERO ummah ~




Hero is the latest novel I've read for the time being.


And I jussssttt loveeeeeee itt ! Hero memang di luar jangkaan pemikiran kita. Syabas  saudara Hilal Asyraf sebab berjaya buat novel sehebat ini !


Hero dah berjaya bukak mata saya, dan mungkin orang yang pernah membacanya. Kita akan rasa nak berubah,positive way I mean, kita rasa ada something yang kita kena buat untuk ummah sekarang. Untuk ummah !


 Perkara yang menarik neuron dalam central nervous system saya untuk berfungsi:


1. Novel ni berkisar tentang Afam( Amir Faheem bin Amir Muiz), seorang anak dato',dia memang anak yang liar sebab kurang dapat kasih sayang dari ayah dia sendiri. Siapa sangka,ayah dia tinggalkan wasiat untuk kahwin dengan seorang wanita solehah ( Afeefah Husna).Sebab itu syarat untuk Afam warisi harta Dato' Amir Muiz.


Ingat lagi first time Afam jumpa Husna depan gate rumah ,


"Eh,Awak ni peminta sedekahkah ?"

Masa malam Afam nikah dengan Husna

"Kenapa awak pandang macam tu ?"




"Sebab awak..........
Nampak macam nak pergi kelas agama"




"Sebenarnya saya yang nak bagi kelas agama kat awak''




"Kita tengok nanti Cik Husna,saya pelajar yang nakal"




"Saya takkan biarkan pelajar nakal saya lari.."




2.Bayangkan,Afam seorang perokok. Perokok tegar . Macam mana Husna boleh ubah Afam ? Kat sini,Hilal tekankan konsep usrah dan hidup bersama dengan orang soleh.Saya sangat kagum dengan Husna,dia seorang isteri yang tersangaaat solehah dan keinginan dia cukup kuat untuk tarik Afam supaya mereka dapat bercinta sampai syurga.


picture by karl-B of deviantart

Saya jumpa ayat ni :


"Husna. Bunga tu,waktu hendak tunggu dia mekar,kita rasa terseksa dengan kelambatannya.
Tapi,bila dia dah mekar indah,kita seakan merasakan bahawa sebelum itu kita tak pernah terseksa menunggunya."


3.Afam sebenarnya seorang Hero,malam2 akan keluar memakai sut hebat,yang dibuat daripada Titanium. Bersumberkan Elemen Baru yang tak kan pernah habis kuasanya,lebih hebat dari nuklear. Husna sendiri tak tahu. Husna ingat Afam akan pergi berfoya foya sebab memang itu alasan yang Afam bagi kalau tak balik rumah.




4. Serius,penulis ada vision besar tentang Islam. Kat dalam novel ni sendiri ceritakan tentang sebuah bandar Islam, Kota Raya Angsana- dengan The Tower of Imaan sebagai mercu tanda,Plaza Taqwaa sebagai shopping mall. Semuanya cukup Islamik. Cukup Indah !  Pembinaan sekolah2 yang mengikut lunas2 Islam. Dari taska,sekola rendah,sekolah menengah,peringkat pengajian tinggi... Semuanya diberi nafas baru. Cara belajar diorang,cara guru bergaul dengan murid,cara berpakaian . Subhanallah !






5. Teknologi didominasi oleh orang Islam. Sepuluh jutawan Islam dalam novel ni dah bina macam2 teknologi baru untuk manfaat Islam sendiri . Sampai menakutkan musuh Islam , Syaitan Bertopeng yang terus terusan menyusun agenda nak jatuhkan Islam dan menunggu kedatangan Dajjal. Sepuluh jutawan ni bergerak dalam bidang masing2. Setiap seorang menguasai bidang yang berlainan dan impaknya , Umat Islam maju dalam semua aspek sebab ada penggerak.




6.Afam mula sedar tentang pentingnya hidup berjemaah. Dia start join usrah, bersahabat dengan orang2 alim, sedar yang wasiat bapa dia tu sebenarnya satu anugerah,bukan hukuman yang selama ini dia sangka.

-Ayah dia fikirkan masa depan Afam sebelum mati. Kalau sayang,mesti nak bersama sampai ke syurga kan-






7. Hero bukanlah hero yang bersut hitam,terbang di langit,membasmi penjenayah semata-mata.  Setiap Mukmin itu hakikatnya adalah Hero. Bertanggungjawab membawa manusia disekelilingnya ke syurga,dan hero kita yang sebenar adalah Rasulullah SAW.

""Hero adalah mereka yang mengeluarkan manusia daripada gelap kebatilan kepada cahaya kebenaran""




Nota kaki; 
Nyahlah watak-watak superhero picisan di kaca TV yang pakai seluar dalam pun kat luar..erkkkk,teettt =,=''

Jan 1, 2011

K.A.W.A.N vs S.A.H.A.B.A.T



trees by manicfairytale;deviantart
This certain shade of green could simply made me think
That friends are like strangers and strangers are like friends
these trees dont know each other
but they are always together




aku sendiri,yana and timah.TENGAH RINDU !;(






Mesti seronok kalau ada sahabat instead of kawan kan?kan?
 


at most situation............
bila kita banyak duit,
kawan: "beb,belanja aku tengok movie" ,macam ni ar kawan?ada duit senyap je"
sahabat: "simpanlah duit kau,kang time sesak senang la"




bila kita sedih,menangis
kawan: "la,apahal kau menangis,dah2 lupakan je.hisyy''
sahabat:la,kenapa nangis ni?cerita kat aku,kalau kau malu, cerita kat Allah.Insyallah dia tolong"




bila kita gagal periksa
kawan:..dalam hati,'yess,aku dapat kalahkan dia.Tulah berlagak sangat!'
sahabat:..dalam hati'Kenapa dia macam ni?Isy,aku kena tolong dia ni !'




bila kita break-up dengan bf/gf
kawan:"senang-senang kau tukar je lain,habes cerita.Menyusahkan je watpe!
sahabat:"Aku sayangkan kau.Sebab tu aku tak suka kau bercinta sebelum nikah.Jumlah kita cari cinta Allah.Aku gerenti ko takkan kecewa!''


Aku pun pernah terpikir,aku ni dalam kategori KAWAN or SAHABAT?




tapi yang pasti,kalau seseorang tu dalam kategori sahabat,dia akan pastikan kalau dia dapat masuk syurga dengan izin-Nya,dia pun nak kawan dia masuk syurga sama-sama ..
Persoalannya,macam mana nak jadi teman sejati?






Syekh Abdul Qadir al-jailani;
"Seorang Mukmin berlaku jujur dan benar dalam menasihati saudara seimannya.Ia akan terangkan hal-hal yang tersembunyi padanya."






Persoalannya,mampukah kita menegur prilaku sahabat kita yang terangnya salah.??Jujur,aku belum mampu,aku takut terguris perasaan dia.Aku takut dipulau,takut dibenci.Masih belum mampu memikul gelaran sahabah sejati.Tapi,aku akan berusaha ke arah itu.Amin

GRADUATION DAY;last year as HIGHSCHOOLERS:(

November 3,2010
Rindu nak pergi library bila nak dapat air-cond kat APD,rindu nak berebut-rebut beli roti kat koop,rindu nak makan ikan keli ramai-ramai kat kantin,rindu nak borak-borak kat belakang kelas,rindu nak lepak kat gerai cendol,rindu nak story mory sampai meleleh hingus dan rindu itu,rindu ini.




Tapi nak buat macam mane,selagi kita tak pernah tengok jarum jam tu berpusing ke belakang selagi tulah kita tak boleh putar balik masa.




picture by panka2009 of deviantart


Time sekolah la nak dapat diskaun tambang bas,pergi bowling dapat less.Ha,paling best dapat duit raya sebab still bergelar student.Tapi bab duit raya tu agak tak setuju sikit.rasa macam makin kurang je!




Mungkin ada yang nak ulang balik ambil SPM,tak puas hati dapat markah cukup2 makan je.




Aku pun pernah terpikir benda yang sama.Perkataan KALAU tu mesti ada;kalaulah aku tahu result aku macam ni,aku janji tak nak main-main!


Kita kena tahu,perkataan KALAU tu tak elok lagi2 lepas dapat sesuatu musibah,contohnya;kalaulah aku tak suruh dia pergi,mesti dia tak accident!


perkataan kalau tu menggambarkan kita tak Redha dengan qada' dan qadar Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Yakinlah Allah akan datangkan sesuatu yang lagi baik daripada apa yang kita hilang !





saudaraku..
come on la !life is not about getting all A's jotted down on your slip ! Kalau  dapat skor tapi perangai macam errkkk buat ape kan? 


banyak lagi benda lain kita kena kejar dalam hidup.Bagi yang menyesal,mulakan hidup baru.Start of something new !


pada awan biru ku melakar kata-kata~picture of matthewpoland of deviantart




entry akan diakhiri dengan close up gambar Graduation day kat sekolahku SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN..hehe,perkataan `sultan` sengaja dikuningkan melambangkan rakyat yang sejati