Showing posts with label sketsa patient. Show all posts
Showing posts with label sketsa patient. Show all posts

Jun 11, 2014

Pause . Re-think . Just do it . Hoyy jangan futur !

Bismillah , sejak setahun jugaklah aku meninggalkan blog ni , lama juga meninggalkan bidang penulisan . Dengan novel separuh siap( dari dulu kengkonon nak buat novel -,- ). Mujur ada seorang sahabat ni, selalu dok tanya-tanya aku why don't u write any kind of novel ? Haih nampak tak bila buat kerja separuh jalan , tambah dengan ketidak-disiplinan , buatlah apa pun , kerja tak kan settle punya . Sebab aku berhenti adalah novel tu bedasarkan kisah hidup aku . Malu .

At one moment , tiba-tiba aku terfikir . Ya , memang setiap kali aku baca buku , aku akan fikir untung lah orang yang menulis ni , even ada penulisnya yang dah mati pun bila kita baca penulisan dia , kita rasa dia masih hidup . Somewhere jauh dari sini . Dia tetap ada . Sebab tu , aku sangat kagum dengan penulis-penulis yang menjiwai penulisan dia . Dalam penulisan tu mengalir perasaan dalam hati betapa "Ikhlasnya dia" . Pahala tulisannya mengalir sampai kiamat kot ! Jauh dalam sudut hati aku , ada terselit perasaan cemburu dengan orang-orang macam tu . Orang yang bukan sekadar orang biasa . Dia menulis perkara yang sangat-sangat ruhi . Macam pak Syeq Qutb , Al Maududi dan Abuya Hamka . Bila baca buku-buku mereka ni , seolah-olah diorang ni tengah bercakap face to face dengan kita . Hidup !



tribute

And why do I stop ?

Kurangnya hamasah . Atau tiada , mungkin .

Hamasah tu kebenda ? Serius . Dulu aku pun tak tahu apa itu hamasah . Nama je budak sekolah agama pakai tudung cendawan ala-ala ostajah nak pergi mengajar .


Alhamdulillah , sejak terjebaknya aku ke dalam konspirasi ke syurga  , Allah telah mengizinkan aku untuk mengenali balik diri aku yang sebenar . Hamasah ni sebenarnya perkara fitrah yang memang Allah cipta ada dalam hati pemuda . Semangat . Kau pernah nampak tak gunung berapi yang tengah tunggu masa nak meletus ? Dia meluap-luapkan lagma ibaratnya " Keluarkan aku dari sini !" . macam tu jugak lah semangat yang mana bila kita tahu sesuatu yang baru , dan benda tu adalah hakikat sebenar islam , kita rasa nak cerita kat semua orang , 

"Weh dengarlah apa aku nak cakap !"

Itulah sebenarnya semangat seorang pemuda . Bersemangat . Ibarat singa yang menunggu-nunggu untuk mebaham mangsanya , kita juga harus jadi macam singa tu , menunggu-nunggu untuk membaham target dakwah . Dakwah ni bagi aku dulu adalah satu perkataan yang bukan untuk aku . Tapi untuk ostad , lebai , pak imam , orang yang pegang mikrofon bagi ceramah pom pam pom pam , orang yang femes keluar kat TV . Aku ni perempuan kot ! Tugas aku kat dapur menguli tepung , menggaul cekodok , menggoreng bilis ahak !
Aku tak rasa pun kehadiran aku diperlukan , aku bukan siapa-siapa malah tak menjadi subjek populariti pun  . Cukuplah ikut ayah aku malam-malam pergi surau dengar kuliah walaupun dalam hati alahai malasnya . 

Tapi sebenarnya tak , Allah bagi peluang kat semua orang untuk bawa tugas seorang Nabi . Sepertimana rantaian dakwah tu sampai kat kita , dan menyelamatkan kita dari gelap serta busuknya kegelapan , kepada cahaya murni yang kompem penghujungnya adalah syurga . Takkanlah sampai kat tangan kita , keindahan keluar dari kegelapan tu , terhenti . Takkanlah sampai kat tangan kita , kita nak jadi orang yang stop kan rantaian dakwah tu . Tahu tak itu dah menzalimi orang lain . Sebab dorang pun berhak merasakan keindahan Islam tu . 


tribute


Tahu tak satu benda yang best bila kita sambung tugas Nabi ? Sebab jalan ni memang no one can doubt , pengakhiran dia adalah Jannah . Satu tempat yang mana adalah kampung kita . Aku suka panggil tempat tu sebagai Kampung Abadi .Dulu atok kita, Tok Adam pernah menikmati buah-buahan kat sana , pernah bergumbira dengan hiburan-hiburan kat sana , pernah merasa minum air dari sungai susu dan arak . Dan kita ni , sedang mencari jalan untuk balik ke kampung sana .

Tapi itulah kelemahan manusia , apabila diri dia mula disemangatkan oleh keinginan untuk mengembalikan izzahnya islam , makhluk durhaka bernama syaitan takkan duduk diam . Jika dia tidak dapat menyesatkanmu dengan kejahatan , dia akan menyesatkan mu dengan kebaikan . Mulalah timbul penyakit-penyakit hati , riak , sum'ah dan ujub dengan kebaikan diri sendiri . Sebenarnya kalau nak salahkan syaitan memang boleh . Tapi pokok pangkal balik kat hati kita balik . Sapa suruh hang ikut ?!

Oleh itu , sangat penting untuk sentiasa berusaha untuk mengekalkan hamasah dalam diri . Jangan ikutkan kata hati dan beranggapan bahawa perkara itu adalah normal .

Pernah tak , rindu akan sesuatu benda . Kau rasa macam nak sangat jumpa dia saat tu tapi tak dapat . Yang peliknya waktu-waktu lain tak ada pun kau teringatkan dia . Dan aku sendiri pernah rasa terlalu rindu kat seorang manusia ni . Aku pun scroll balik album-album lama , tengok gambar dia , zoom rapat-rapat . Tapi takde hal la manusia tu adalah perempuan pun . Jadi takpekan aku tenung lama-lama . hehe

Macam tu juga lah hamasah kau . Kalaulah dulu kau pernah menjadi seseorang yang cintakan jalan menuju ke kampung abadi , dan sekarang kau berubah 360 derajah lalu terpesong . Carilah balik diri kau tu . Kalau dulu kau bersemangat dengan membaca blog-blog haraki , menonton video kat Youtube oleh sheikh-sheikh dengan kata-kata berapi , berkawan dengan mereka-mereka yang sama pandangan dan berkongsi rasa hati, membaca-buku-buku fikrah dan ruhi . Jika itulah yang pernah menjentik satu makhluk kecil bernama semangat dalam jiwa kita , kembalilah balik mencarinya.


Jejakilah balik diri yang dahulu , walau dengan apa jua cara sekalipun . Dan paling penting untuk menjaga hubungan hati dengan Allah . Sebab hati kita ni , dia yang pegang . Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah tertuju pada diri sendiri lebih-lebih lagi . Penggunaan “kau” dalam tulisan ni sebenarnya merujuk pada diri aku

Why do I Re-boost ?

Kerana sesuatu yang hilang , dan sesuatu itu penting bagi aku  . Jadi aku menjejakinya kembali .Penulisan adalah sebahagian dari jiwa aku . Dan tak mungkin sesekali membiarkan jahiliyyah keras dan kencang bekerja sedangkan kita masih duduk-duduk dan menghirup kopi O panas di petang hari .

Ramadhan berbaki lagi beberapa hari je ni . Jom cari satu amalan tambahan sempena menyambut tetamu special yang bakal datang . Bayangkan kalau kita tengah senang lenang duduk dalam rumah . Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran .

Ting Tong , loceng berbunyi

" Ye siapa tu ?"

" Jenab , aku ni la ,mak kau "

Eh , mak ? Bukan ke mak aku dah lama meninggal ? Kenapa petik loceng rumah aku pulak ?

" Mak .. Mak ke tu ?"

"Iyalah , aku balik ni . Setahun tak jumpa . Rindu pulak kat anak-anak aku . Jenguk la kome sekejap risau pulak tak ada cahaya datang dari amalan kome dalam kubur tempat tinggal baru mak tu "

"Mak !!!" Lalu lantas seorang ibu yang dirindui itu dipeluk lama . Dihidang kopi dan teh , serta cucur pisang panas . Maklumlah kat kubur tak dapat makanan . Pada malam hari dihiaskan katil tempat beradu secantiknya , tidur pun berpelukan .

Itulah seorang ibu yang lama dirindui . Datangnya dinanti-nanti , kehadirannya disambut bahagia . Segala kelengkapan dipenuhi tanpa mementingkan diri sendiri .

Nah , sekarang Ramadhan juga bakal menjadi tetamu yang memetik loceng rumahmu . Bagaimana persiapan mu ?

Ting Tong , loceng berbunyi 

" Ye siapa tu ?"

"Saya , Ramadhan " balas satu suara aneh.

" Oh masuklah , dah lama tunggu . Buatlah macam rumah sendiri ."

Lalu Ramadhan pun masuk .

Sejam , diberi teh panas.

10 jam , dibiarkan duduk sendiri di ruang tamu .

Kita membuka balik rancangan Tv melaghakan .

Kita memasang musik kuat-kuat tanpa menghiraukan Ramadhan.

Kita bergelak tawa bersama ahli-ahli keluarga .

Kita membiarkan malam-malam berlalu tanpa dihidupkan .

Kita hanya menahan makan dan minum , sedangkan aktiviti lain dijalankan seperti biasa .

Satu hari Ramadhan bersuara.

" Sudah 30 hari aku di sini , mulanya aku gembira kau begitu teruja menyambutku . Tapi sekarang aku berasakan bahawa kehadiran aku langsung tak dihargai . Kau melayanku ibarat melukut di tepi gantang . Hari ini aku harus pulang . Untuk melaporkan keadaan mu kepada tuanku . Selamat tinggal . Terima kasih atas layanan "istimewa" ini . "


Semoga kita , tidak melayan Ramadhan begitu . InsyaAllah jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya . Tambahkan amalan mutabaah dan perbaiki amalan sedia ada. Buatlah sesuatu yang luar biasa . Yang selama ini kau pendam , buatlah amalan itu . Pedulikan kata-kata orang dan bisikan syaitan yang mengatakan kau akan menjadi riak .
Ikhlaskan niatmu !

Selamat datang Ramadhan :')

tribute



Jun 10, 2014

Kerna Izzah itu sudah ada

Izzah membetulkan letak tudung bawal kesayangan . Starch sudah disembur . Arh dah kenapa awning tudung ni ? Asik nak beralun-alun je ?! Haisyh pantang benar Izzah pabila awning tudungnya tidak menjadi . Ibaratnya hari itu seluruh moodnya akan rosak !

Dia membelek tubuh pula . Cantik . Getus hati kecil Izzah . Pandai betul teman lelakinya membelikan baju denim biru warna kesukaannya . Sebenarnya baju kecil itu membuatkan Izzah agak sukar bernafas . Iyalah Izzah biasanya memakai saiz L . Tapi Ferhad , teman lelaki kesayangannya membelikan saiz S . Katanya tiada lagi saiz L yang tinggal di kedai itu . Tapi Izzah tidak kisah , Ferhad kan bakal menjadi suaminya . Jadi segala batasan tidak perlu dijaga sangat . Lagipun ibu dan bapanya tidak menghalang .

Teet .
Bunyi sms masuk .

Kat mana ni ? Abang tunggu bawah blok . Cepat sikit yang..

Izzah dengan pantas menuruni tangga blok kolejnya . 

Tak sabar mahu berjumpa Ferhad .

Ferhad yang termangu di motosikal segera berpaling . Haruman Victoria Secret yang disembur Izzah menusuk hisung . Ferhad suka . Lantas matanya membelek atas ke bawah . Izzah memakai baju yang dibelinya . Senyuman nakal mula tergaris di bibir Ferhad. 

"Cantik bidadari abang . Hadiah dari syurga ." Ferhad mengenyitkan mata .


****************

Izzah menyeka air mata . Memori 6 bulan lalu menjengah fikiran . Tidak disangka dia sebodoh itu , mahu mengikut sahaja kemahuan seorang lelaki. Segala suruhan dari pencipta yang Maha penuh dengan sifat kasih sayang diabaikan kerana lebih mengikuti kehendak berhala di dalam hati , hawa nafsu .

Izzah mengerling ke arah jam dinding biliknya . Jam 4.10 pagi . Saat roomate masih lena dibuai mimpi , Izzah memilih berdating dengan yang Maha Khaliq , dengan penciptaNya yang tak akan mungkin mengecewakannya . Dia menangis semahu-mahunya , dia mengadu segala-galanya , dia meminta sepenuh hatinya . Kerana yakin bahawa Allah tidak akan membiarkannya sendiri .

Izzah tidak sangka , dia akan terpijak makhluk bernama hidayah . Maha Suci Allah kerana telah mengeluarkan aku daripada kegelapan kepada cahaya . Daripada kejahilan kepada kefahaman . Daripada buta menjadi jelas . 

Baru sekarang , setelah umurnya mencecah 20 tahun , baru dia mengerti Allah itu penuh dengan kasih sayang , Tuhan yang akan sentiasa menerima taubat dari hambaNya .

Teringat kembali kata-kata Kak Ainnur ketika pertama kali Izzah  mengenali apa itu Islam , siapa itu Allah , bagaimana seharusnya seorang Muslim itu berbuat . Kak Ainnur menghadiahkan senaskhah alQuran dan membacakan sepotong ayat al-Quran ,


وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ



Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS: Al-An'am Ayat: 54)



Izzah mengerti yang Allah amat menyayanginya sebab itu Allah kembali menariknya dari jahiliyah yang busuk kepada keimananan . Tipulah kalau kata masa first-first Izzah mahu menjauhkan diri dari Ferhad adalah satu perkara yang mudah . Berapa banyak airmatanya tumpah kerna mengenangkan 4 tahun  tempoh percintaan dengan Ferhad . Tambahan pula , mulut-mulut manusia yang menyumpah seranahnya kerana dikatakan mempermainkan perasaan lelaki . Tapi Izzah nekad . Orang Islam takkan jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali . Dia tidak mahu menjadikan manusia  sebagai tempat pertama mengadu ketika dirinya gembira sedangkan Allah dijadikan tempat pertama untuk mengadu ketika dia dalam keadaan sedih .
Dia mahu meletakkan Allah sebagai matlamat utamanya , sepanjang masa dan waktu .

Dia harus bangkit !
Dia perlu bangkit !
Dia perlu kuat dan berani !

Berani untuk menyatakan tidak kepada jahiliyyah jahiliyyah yang telah lama bersarang dalam hati .
Seperti mana namanya, IZZAH yang bermaksud kebanggaan , kemuliaan , dia harus menegakkan kembali IZZATUL ISLAM . Meski dia hanyalah seorang wanita , yang tiada apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih hebat . Tapi Izzah tahu , Allah menilai usaha , bukan hasil . 

Biarlah tangisannya pagi ini , menjadi tangisan membina kekuatan , bukan tangisan tanda lemah !


Buzz , pesanan penaja :
Setelah setahun lebih meninggalkan dunia blogging , aku tahu dakwah itu tidak harus berhenti . Dan blogging bukanlah medium utama penyampaian dakwah , tapi pembinaan individu muslim secara berfokus itu . Blogging adalah kerja sampingan . Bagi yang lain , teruslah menulis . Andai kau ikhlas , Allah pasti menolongmu !

May 19, 2013

Kerna Sehelai Tudung Labuh


“Ustazah , nak ke mana tu ?”
“Ustazah , assalamualaikum “ 

“Jangan gelak kuat-kuat , ustazah kita kat depan ini marah nanti !”

Lama Qatrun berdiri di hadapan cermin , menatap refleksi dirinya . Merenung sehelai tudung labuh yang setia melindungi mahkota berharga miliknya . 

Mahkota kurniaan Tuhan , yang tidak dapat dijual beli dan ditukar ganti .

“USTAZAH” . Itulah panggilan yang acapkali didengari telinga Qatrun . Qatrun tidak kisah kalau orang memanggilnya begitu untuk mendoakan dia menjadi seorang ustazah atau paling tidak mempunyai ciri-ciri seorang ustazah yang kaya dengan ilmu agama . 

Tetapi , seringkali telinganya menangkap nada-nada ejekan dan hinaan . Seolah-olah bertudung labuh bulat itu suatu yang asing , seolah –olah dia bersalah kerana memilih untuk bertudung labuh bulat. Kalau semua manusia boleh membuat pilihan mereka sendiri , untuk memilih di antara Mercedes atau Toyota , Gucci atau Prada , mengapa dia tidak boleh memilih cara berpakaiannya sendiri ?

Mengapa perlu mengejek ?

Mengapa perlu memerli ?

Mengapa ??!

Semua persoalan itu dibiarkan bersimpul dalam kepala Qatrun . Dia sudah lambat ke kuliah .

Kuliah . Kuliah bermakna dia akan berjumpa Rasyidee. Berjumpa Rasyidee bermakna dia akan diperli . Diperli bermakna dia akan kehilangan semangat . Seperti sebelumnya . Sedih .

“ Ha ustazah , nak ke mana itu ? Kesian jalan seorang diri . Tak ada kawan kah ? hahaha” Rasyidee gelak menggila .

Entah mengapa, suka benar dia menyakat Qatrun . Sedangkan Qatrun tidak pernah melayan karenahnya.  Sudah lapan bulan begitu , lamanya untuk bersabar . Adakah ujian ini tidak akan berakhir ?

Benci ! Kalau tidak diikutkan kekuatan dan dorongan yang diberikan kawan – kawannya , sudah lama Qatrun memilih untuk memakai tudung biasa . Seperti dia yang dulu . Mujurlah dia mendapat tarbiyah awal di SAM Tinggi Hisamuddin . Sekolah yang amat disayanginya . Sekolah yang mengajar dia bertudung labuh . Walaupun ketika awal persekolahan menjadi pelajar tingkatan satu , dia langsung tidak tahu cara menggosok tudung labuh bulat .
Qatrun memilih untuk duduk bersendirian di taman rekreasi di belakang fakulti sains . Tenang .

Tanpa disedari, air hangat mengalir di pipi . Basah .

“Ya Allah , kenapa orang pertikaikan pemakaian aku ? Salah ke , aku nak pakai macam mana yang rasulullah ajar . Salah ke , kalau aku nak jadi macam isteri Nabi dan sahabat ?”

Qatrun menggenggam hujung tudungnya . Lembut saja warnanya . Merah jambu cair memang warna kesukaan Qatrun . Teringat memori lama di alam persekolahan .
******************************

“Ekin , jahitkan tudung aku ini boleh ? Please . Aku tak nak hantar kedai . Makcik Temah ambil upah jahit mahal sangat lah . Kalau setakat jahit tengah , upah sampai RM 15 . Kopak lah duit aku ! Tolong eh , tolong . Tengoklah sini aku buat muka comel . Wink – wink “

Qatrun dan Ekin sahabat baik. Makan bersama , tidur bersama , mandi pun kadang bersama . Tak cukup dengan itu , segala sesuatu rahsia semuanya dikongsikan dari sekecil-kecil rahsia rancaknya Qatrun mempertikaikan motor pak cik guard yang sudah lusuh sehingga sebesar – besar rahsia tentang gossip panas antara Cikgu Ainil dan Cikgu Wafiy . Maklumlah , zaman kanak-kanak Ribena memang tidak terlepas dari gossip dan propa !

“ Bagi sini tengok kejap” Ekin menghulurkan tangan untuk mencapai bungkusan plastic KAMDAR. Komik Kreko yang menjadi kegilaannya diletak tepi katil . Dorm Rabiatul Adawiyah hanya dihuni oleh mereka berdua .

“ Lah , kacang je . Bagi aku gunting , benang , jarum dan paling penting ! 

Upah !” Ekin menambah.

“Ngada .. !” Qatrun mencebik .

“HAHAHAHA . Comelnya kawan aku seorang ini . Gurau la ! Aku boleh buat , tapi bahagian tepi tu kau lilin sendiri la eh .” Ekin dengan pantas menunjukkan skill nya . Dia membentangkan kain lembut berwarna merah jambu itu di atas lantai . Lantas , tangannya laju mengukur labuh yang bersesuaian dengan Qatrun . Kemudian , menggunting kain tersebut , lagaknya seperti tukang jahit professional . Jarum dan benang berwarna senada digapai . Ekin menjahit bahagian tengah tudung tersebut seperti standard kebanyakan pelajar sekolah agama yang lain . Kemas dan cantik .

Setelah berpuas hati dengan lagak ngeri yang baru ditunjukkan , Ekin mengukir senyuman kepuasan ! Lantas diserahkan kembali untuk Qatrun mengukur sama ada labuhnya bersesuaian ataupun tidak . Jika labuh , boleh digunting sedikit , supaya selesa.

“ WAH ! sayang kau ketat-ketat ! Cantik .” Qatrun memeluk tudung barunya .
“Erm , Qatrun ..” Ekin teragak-agak .

“Ye..?” Qatrun tidak lepas dari memegang tudung hasil jahitan Ekin .

“Janji dengan aku,kau akan simpan tudung ni sampai bila-bila  . Mungkin secebis kain berharga tak sampai sepuluh ringgit ini yang akan dapat selamatkan kau tatkala pakaian kita mengheret kita masuk dalam neraka . 
Mungkin sehelai tudung labuh ni yang dapat menepis panas api neraka nanti” lembut nada Ekin . Damai .

“ Insyallah . Kenapa emosi ni ? Wah , ayat ! Tak sangka ! Komik mana yang ajar kau ayat ini ? Bagi aku tengok.” Qatrun menolak lembut bahu Ekin . Tak sangka , Ekin yang brutal dapat menuturkan kata-kata indah sebegitu . Jujur , Qatrun tersentuh . Cuma , tersentuh dalam diam . Tanpa perlu ditunjukkan .


“ Terima kasih kawan” Qatrun bermonolog sendiri .

******************************
Qatrun menyeka air mata dengan hujung lengan jubah ungu muda pemberian ibunya. Awan memori di awangan cepat-cepat ditepis pergi .

“Ouch , sakit ..”

“Ibu ni bagi jubah banyak sangat kerawang . Sulaman dia lagi . Tengok aku nak lap air mata pun sakit.”

Sempat Qatrun memarahi jubahnya yang langsung tidak bersalah . Alahai ! Lantas ,foto dia dan Ekin disimpan kembali ke dalam beg sandang berwarna hitam ditambah dengan perincian bunga emas .

Tanpa disedari , sepasang mata sedang memerhatikan gelagat Qatrun dari tadi . Bagaimana Qatrun menangis bersendirian , bagaimana Qatrun kuat menggenggam tudungnya, bagaimana Qatrun memegang sekeping foto . Entah foto siapa , tidak dapat dilihat dari jarak sejauh itu . Perasaan bersalah merenggut diri .


******************************


Malam itu , Rasyidee bingung . Ke hulu ke hilir dia berjalan di ruang kamarnya . Entah kenapa , dia tidak pernah merasakan perasaan serba salah yang menggunung dan menunggu masa untuk menghempap dirinya. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui satu kebenaran . Dia mengakui , dirinya jahil agama . Dia tidak bersekolah agama sejak  kecil . Kalaupun ditanya tentang agama ,dia hanya mengetahui yang asas-asas sahaja.

Lantas , jarinya menekan papan  kunci computer riba Toshiba merah kesayangannya.

Pakcik Google sedia membantu . Rasyidee menggerakkan jari jemarinya .
KELEBIHAN BERTUDUNG LABUH

Dan ,,,



Tersentak .
“Qatrun ….”
Malam itu , hanya Allah yang mengetahui . Pintu hidayah telah terbuka . Selamat datang Haikal Rasyidee ke dalam taman hidayah .


************************************
“Pelik , pagi ini tak nampak pula Rasyidee ? Bagus lah . Aman duniaku” Seperti biasa , Qatrun dengan tudung labuh bulatnya mendaki tangga menuju ke perpustakaan awam universiti seusai kuliah tamat.

Kakak usrahnya, kak Syafina sudah memberikannya kekuatan , untuk istiqamah dengan tudung labuh itu . Berpakaian kerana Allah , tidak akan mengecewakan . Bukankah Allah telah berjanji , pakaian taqwa adalah yang terbaik !

Qarun membuka lipatan kertas biru yang diberikan oleh kak Syafina . Senyum.

Pernah tak tengok sebatang pokok ? Kalau tak ada dahan yang pahit , batang yang pahit , akar yang pahit , dan daun yang pahit itu , mana nak dapat buah yang manis ? Macam tu juga hidup kita , kalau tak ada kepahitan yang ditempuh , macam mana nak dapat syurga yang manis ?

Syurga itu mahal ! Dipagari segala macam kepahitan dik , Allah saja yang tahu perit jerih kita untuk dapatkan syurga itu . Kalau Allah dah nampak usaha kita , buat apa kita fikirkan pandangan orang lain lagi kan ?

Kali ini juga , Qatrun diperhatikan sepasang mata bening milik Rasyidee . Rasyidee yang mula memahami erti sebenar tudung labuh . Kalau dulu , dia beranggapan tudung labuh itu tidak menepati fesyen terkini ,  seperti khemah berjalan . Tetapi , hidayah Allah , siapa yang tahu . Kalau Allah punyalah beriya dan bersungguh nak suruh wanita tutup aurat mereka , kenapa wanita tak boleh lebih bersungguh dan beriya daripada itu ?


Dan Qatrun , tanpa sedar . Telah mejadi perantara untuk hidayah Allah . Benar , untuk menasihati orang lain , segalanya bermula dari dalam diri . Ye , diri ini ! Tunjuk tangan ke dada .