Showing posts with label mr ramadhan. Show all posts
Showing posts with label mr ramadhan. Show all posts

Aug 19, 2014

Kerna akhirnya , Daie itu hanya manusia

Daie juga manusia
Ada gemuk , ada pendeknya 
Ada putih ada gelapnya 
Mengapa diperli fizikal yang tidak dipinta 
Kononnya akhawat ,diminta dilapangkan dada 
49:11 tidak pernah kau baca ?

Daie juga manusia 
Punya keluarga punya saudara
Punya kewajipan hak sini dan sana
Lalu mengapa bersangka-sangka
"Ah dia sudah futur dan tidak bersama kita !"

Daie juga manusia 
Ada masa sedihnya
Ada masa tawanya 
Air mata bukan tanda tidak redha 
Ketawa girang bukan tanda hati mula leka

Daie juga manusia 
Kadang perlukan belai dan kata-kata mesra
Bukan mahu meminta-minta 
Namun jahiliyahnya dahulu memberi kasih pada yang dusta
Mujahadahnya meninggalkan lelaki dan cinta 
Dan kini cintanya adalah untuk yang  Esa
Bukankah itu tanda cinta setia ?

Daie juga manusia 
Ada baran , ada sejuknya
Ada lemah , ada silapnya
Ada keburukan dan caca merbanya

Kerana apa ?

Kerana Daie itu hanyalah MANUSIA..!

Dia hanya menjadi seorang manusia dan tidak mampu menjadi lebih dari taraf seorang manusia . 

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.
Furqan : 20


Mahukah kamu bersabar ?

Jul 31, 2014

Siri Tadabbur Juz 30 : Al-Asr

Ketika tamatnya kisah suka duka di dalam bulan Ramadhan , tibalah masa kita diuji dalam bulan Syawal yang penuh dengan godaan-godaan nafsu . Oh tidak !

Nafsu mengupload gambar di fesbuk
Nafsu makan ketupat lemang dan rendang bergelen-gelen kalori
Nafsu menunjuk-nunjuk aksesori dan pakaian raya
Oh tidak !

Saat inilah , ruh ramadhan itu diuji . Adakah masih berbekas di hati atau pergi dibawa angin . Adakah kita menjadi rabbaniyyun atau ramadhaniyyun . Setiap orang , aku sangat yakin , mengalami cerita kisah suka dan duka yang dialami sendiri dalam bulan yang penuh berkah , ramadhan  .
Betapa satu benda yang sangat sedih , bila kita tak rasa sedih akan ramadhan yang sudah pergi . Dan aku sangat-sangat risau ketika mana aku dah tak merasakan kesedihan tu .

Allah telah menetapkan , masa yang dah pergi takkan dapat diputar kembali .
Ramadhan yang telah pergi takkan dapat diraih kembali .
Sungguh merugi lah orang yang telah mensia-siakan ramadhan .
Rugi...
credit

103:1 Demi masa
103:2 Sungguh , manusia berada dalam kerugian
103:3 kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran 
103:1: Demi masa
Apabila Allah , telah bersumpah . Maka ia adalah sesuatu yang amat besar . Dan sumpah Allah , pada MASA itu sendiri menunjukkan ia adalah benda besar . Sangat besar namun sering dilalaikan manusia .

 103:2 Sungguh , manusia berada dalam kerugian
Betapa banyak perkataan Khusr itu di dalam alquran, menunjukkan Allah sungguh-sungguh menyatakan kita sangatlah rugi . Rugi kerana masih tidur . Masih tidak sedar , yang kita sudah tidak ada masa untuk berlengah-lengah . Kita sudah tidak ada masa untuk masih bermain-main . 


103:3 kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Dalam ayat ini , ada 4 ciri-ciri manusia yang Allah kata tak akan rugi .


Orang yang beriman
Orang beramal soleh
Orang yang saling menasihati untuk kebenaran
Orang yang saling menasihati untuk kesabaran 

Iman dan amal soleh adalah ciri-ciri abid
Saling menasihati untuk kebaikan dan kesabaran adalah ciri-ciri khalifah 

Allah telah pun menyatakan tujuan hidup manusia hanya dalam satu ayat yang ringkas . Allahu .
Iman itu sendiri , tak mungkin membuahkan kejahatan . Tak mungkin bila di dalam hati ada iman , kita hanya duduk diam dan tidak bergerak . Hanya menyimpan kebenaran Islam itu di dalam diri kita seorang . Mustahil la .
Macam apa Sayid Qutb sebut dalam fi zilal


'Amalan yang soleh itu merupakan buah yang tabi'i dan iman, juga
merupakan gerakan automatik yang bermula pada saat bertapaknya hakikat
iman di dalam hati manusia. Kerana itu iman merupakan satu hakikat positif
yang dinamis. Sebaik sahaja ia bertapak dalam hati manusia ia terus bergerak
menonjolkan zatnya keluar dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman
dalam Islam. Ia tidak tinggal begitu beku tanpa bergerak, tidak tinggal
tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar
tubuh seseorang Mu'min. Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka
ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan
bunga yang tidak berbau. Oleh itu amalan yang soleh harus tercetus dari

keimanan itu secara tabi'i jika tidak maka keimanan itu tidak wujud.


"Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka
ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati"

Nah , secara terang-terangan . Amal adalah buah kepada tolakan iman dari dalam . Sebenarnya , daripada kefahaman dan ikhlas itulah lahirnya iman . Nak cari kebenaran itu susah . Nak sampaikan kebenaran lagi susah . Kalaulah Allah hanya menetapkan abid sebagai tujuan hidup kita , habislah manusia-manusia tidak dapat merasakan keindahan islam . Habislah manusia semuanya akan hidup dalam kegelapan jahiliyah .

Kerana itulah rantaian dakwah ini tidak boleh berhenti !

Rantaian ini harus diteruskan  dan disambut dari generasi yang telah mendahului kita dalam mewarisi syurga. Kerja ini bukan mudah dan tak menjanjikan bahawa kita tak akan diuji . Malahan di jalan inilah kita diuji dengan sebenar-benarnya . Dibersihkan hati ini sebersih-bersihnya .Adakah masih terpalit dunia itu di hati ? Adakah masih ganjaran-ganjaran manusia yang kita harapkan ?
Di sinilah kesabaran itu amat perlu . Bukan mudah nak buka mata manusia untuk bangun dan sedar daripada tidur yang lena . Cacian , hinaan , sindiran dan anggapan-anggapan mereka pada kita bukan mudah untuk ditelan . Ia amat sakit . hingga bisa saja air mata ini mengalir . namun kaki harus terus melangkah. Sakit kerna yang melukakan itu boleh jadi adalah keluarga kita sendiri , malahan sahabat-sahabat yang selama ini berdiri teguh di belakang kita, malahan masyarakat yang selama ini mendukung kita . 

Tapi , atas jalan ini , mungkin saja semua itu berubah 
Kerna kita telah memilih jalan asing ini .


Orang yang saling menasihati untuk kebenaran
Orang yang saling menasihati untuk kesabaran 

Perkataan 'saling' itu juga diulang-ulang menunjukkan yang kalau kita nak buat kerja dakwah ni . Tak boleh kita je memberi . Tak boleh kita je menegur . Kita pun harus dinasihati ke arah kebenaran . Dan kita juga harus dipesan dengan sabar . Kita bukanlah ingin menjadi orang yang hanya membetulkan orang lain tanpa menyedari , kita terlebih dahulu perlu dibetulkan !
Malah , 'saling' menunjukkan bahawa umat Islam memang secara fitrahnya saling memerlukan . Rongaklah tarbiyyah tu , kalau kita sahaja mentarbiyyah , tanpa ditarbiyyah . Atau kita sahaja ditarbiyyah , tanpa mentarbiyyah . 
Betapa indahnya Allah menuturkan kalamNya . Jikalau kita faham .

Wahai daie , jadilah manusia yang sanggup .
Dilunyai dengan ujian .

Wahai daie , jadilah manusia yang rela
Menjadi saki baki sisa , dan harapan .

Wahai diri , sahutlah seruan al-asr
tatkala ia menyerumu . 
Demi masa ,
Aku tak mahu rugi !


(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
13:24

Dan kerana TuhanMu , bersabarlah
74:7

Kita hidup memang nak cari masalah . Kita jebakkan diri dalam DnT memang sebab nak dapat masalah . Kalau tak de masalah , kita tak dapat lah nak feel quran . Mana mungkin , Quran dapat menjalankan tujuannya untuk menyelesaikan masalah , kalau kita tak ada masalah dalam kerja-kerja gila nak bawa Islam . 




Jul 6, 2014

Ajari Aku Mencintai Allah

Ramadhan kali ini terasa lain benar . Ramadhan kali ini juga menyaksikan perubahan ramai manusia di sekeliling aku . Sama ada aku kenal ataupun tak . Seperti bahagianya Felixia Yeap yang mendapat nikmat embun hidayah di bulan mulia ini . Seperti bahagianya wanita-wanita dan artis-artis yang mula mengenali hikmah hijab setelah sekian lama struggle dalam dunia publisiti dan glamour , dikelilingi manusia-manusia yang mendapat tempat dalam hati masyarakat kerana kecantikan wajah dan tubuh . Lantas , mereka pilih untuk meninggalkan semua tu setelah dapat satu benda yang lagi besar , dan indah . which is hidayah Allah . 

Jujur aku cakap .

Aku cemburu .

Cemburu bila melihat senyuman ketenangan yang tergaris pada bibir mereka . Senyuman yang dahulunya tak pernah dimiliki . Senyuman bahagia sebab bebas daripada belenggu-belenggu hawa nafsu sendiri .

Aku rindu momen momen tu . Aku rindu perasaan ketenangan tu . Bila aku sendiri dapat merasakan kebaikan dan rahimnya Allah saat Dia memilih aku untuk mendapat nikmatnya tarbiyyah . Nikmatnya ibadah dan hidup dalam erti hidup yang sebenarnya .

Betapa bersyukurnya aku , dan betapa tak terkata rasa terima kasih pada Ilahku yang selama ini sangat-sangat menginginkan kebaikan untuk hambaNya yang hina ini .

Ya Allah ... 

Siapa sangka , manusia yang kita sangka akan hidup sebegitu hingga selamanya rupa-rupanya Allah menghendaki sesuatu yang lebih baik untuknya . 

Dan kini betul-betul terbukti hakikat manhaj islam ni . Akan sendiri akan memenangkan Deen ini , sama ada melalui tangan kita ataupun bukan . Dia sendiri telah memilih manusia manusia tertentu untuk mendapat hidayah ni . Dia sendiri telah menunjukkan kepada kita , betapa agama ini sedang menuju kepada kebangkitannya , buat kali kedua . Islam sedang mendaki puncaknya . Lihatlah manusia- manusia itu sendiri telah berubah tanpa usaha kita sedikit pun . Allah Allah ..

Bedasarkan pengalaman kerdil aku , seseorang yang timbul dalam dirinya sekelumit perasaan ingin berubah kepada diri yang lebih baik , Allah mendengar bisikan hati ikhlasmu itu. Dia pasti dan akan tolong . Betapa Dia sangat mewah dengan sifat kasih sayang dan aman . 

Ikhlas .

Entah kenapa aku begitu tenang dengan perkataan tu , dan setiap kali terjumpa dan terdengar ayat ni , aku akan diam sekejap dan terfikir . Sejauh mana ikhlasku . Lain tingkatan Ikhlas manusia dan ini semua digerakkan atas dasar Iman . 
1. Ada manusia lakukan perintah Allah semata - mata sebab benda tu Allah suruh .
2. Ada manusia yang lakukan sesuatu untuk dapat reward , untuk dapat syurga .
3.Alangkah indahya menjadi manusia sebegini , pabila melakukan sesuatu hanya semata-mata sebab benda tu Allah redha , dan Allah suka , walaupun Allah tak sebut pun reward dia . 

Aku tahu dan pastinya semua manusia tahu , Ikhlas tu susah . 
Serius susah .
Sebab tu Allah suruh kita istiqamah . Walau lambat , kita jangan pernah berhenti dari mencari Dia .

Dan itulah ramadhan .
Mengajar kita untuk Ikhlas .
Mengajar kita untuk istiqomah .
Mengajar kita untuk yakin dengan sebenar benar yakin , Allah sentiasa menunggu nunggu kita untuk kembali pada Dia .

Di situlah Allah telah menyediakan malam Laylatul Qadr dalam bulan ramadhan ni  
Bulan Allah telah menurunkan satu petunjuk terbesar , kepada kehidupan yang lebih besar .

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
 10:57

Allah , dengan penuh rasa cinta kepada kita telah menurunkan nikmat terbesar ini , untuk menyembuhkan penyakit di dalam diri kita , menyelamatkan kita , menyedarkan kita dan mengeluarkan kita daripada hidup yang sia-sia . 

dan Quran tu turun dalam bulan yang ditetapkan juga berpuasa .
Kenapa ?
Sebab , untuk mendapat taqwa. Benda yang bukan calang-calang manusia boleh dapat .

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
2:183

Allah , telah menetapkan kewajipan berpuasa tu bukanlah semata mata untuk biar kita tak makan dan tak minum . Kalau tak , kenapa bila kita terlupa dan termakan di siang hari , puasa kita still sah ? Kenapa bila kita terlanjur bergaul dengan isteri di siang hari , kita cuma bayar kaffarah dan takde pun hukuman berat ?

Sebab , puasa tu sebenarnya bukanlah itu . Bukanlah macam definisi puasa yang kita hafal masa sekolah menengah time belajar Pendidikan Syariah Islam . 
Tapi lebih daripada tu .
Puasa ajar kita menundukkan nafsu .
Sebab menundukkan nafsu tu jelah jalannya untuk kita mencapai taqwa.

Kita sanggup tinggalkan makan minum sebab Allah .
Kita sanggup duduk berlama untuk tilawah dan tadabbur walaupun kita sangat sibuk , hanya sebab Allah .
Kita sanggup tahan mulut , telinga dan lidah daripada mengumpat , mendengar dan berbincang benda-benda lagha , sebab Allah. 
Kita sanggup tahan beratnya mata , letihnya tubuh lepas bersibukan di siang hari , malah bangun untuk Tarawih dan Qiam semata-mata untuk berlama-lama dengan Dia .

Nah , lihatlah .
Semua itu untuk menundukkan nafsu .
Menudukkan dan mengenepikan kehendak sendiri , sebab Dia .
Kerana taqwa itu adalah takut , tapi takut yang membuatkan kita makin mendekat .

Lalu ,selagi mana kita tak rasa taqwa tu , selagi tu lah , Kita belum betul betul berpuasa .

Moga Allah , pandang usaha kecil kita itu .
dan moga Allah sentiasa menghadirkan rasa cinta dan membuak-buak dalam diri kita , untuk balik kepada Dia , susah dan senang

Jun 11, 2014

Pause . Re-think . Just do it . Hoyy jangan futur !

Bismillah , sejak setahun jugaklah aku meninggalkan blog ni , lama juga meninggalkan bidang penulisan . Dengan novel separuh siap( dari dulu kengkonon nak buat novel -,- ). Mujur ada seorang sahabat ni, selalu dok tanya-tanya aku why don't u write any kind of novel ? Haih nampak tak bila buat kerja separuh jalan , tambah dengan ketidak-disiplinan , buatlah apa pun , kerja tak kan settle punya . Sebab aku berhenti adalah novel tu bedasarkan kisah hidup aku . Malu .

At one moment , tiba-tiba aku terfikir . Ya , memang setiap kali aku baca buku , aku akan fikir untung lah orang yang menulis ni , even ada penulisnya yang dah mati pun bila kita baca penulisan dia , kita rasa dia masih hidup . Somewhere jauh dari sini . Dia tetap ada . Sebab tu , aku sangat kagum dengan penulis-penulis yang menjiwai penulisan dia . Dalam penulisan tu mengalir perasaan dalam hati betapa "Ikhlasnya dia" . Pahala tulisannya mengalir sampai kiamat kot ! Jauh dalam sudut hati aku , ada terselit perasaan cemburu dengan orang-orang macam tu . Orang yang bukan sekadar orang biasa . Dia menulis perkara yang sangat-sangat ruhi . Macam pak Syeq Qutb , Al Maududi dan Abuya Hamka . Bila baca buku-buku mereka ni , seolah-olah diorang ni tengah bercakap face to face dengan kita . Hidup !



tribute

And why do I stop ?

Kurangnya hamasah . Atau tiada , mungkin .

Hamasah tu kebenda ? Serius . Dulu aku pun tak tahu apa itu hamasah . Nama je budak sekolah agama pakai tudung cendawan ala-ala ostajah nak pergi mengajar .


Alhamdulillah , sejak terjebaknya aku ke dalam konspirasi ke syurga  , Allah telah mengizinkan aku untuk mengenali balik diri aku yang sebenar . Hamasah ni sebenarnya perkara fitrah yang memang Allah cipta ada dalam hati pemuda . Semangat . Kau pernah nampak tak gunung berapi yang tengah tunggu masa nak meletus ? Dia meluap-luapkan lagma ibaratnya " Keluarkan aku dari sini !" . macam tu jugak lah semangat yang mana bila kita tahu sesuatu yang baru , dan benda tu adalah hakikat sebenar islam , kita rasa nak cerita kat semua orang , 

"Weh dengarlah apa aku nak cakap !"

Itulah sebenarnya semangat seorang pemuda . Bersemangat . Ibarat singa yang menunggu-nunggu untuk mebaham mangsanya , kita juga harus jadi macam singa tu , menunggu-nunggu untuk membaham target dakwah . Dakwah ni bagi aku dulu adalah satu perkataan yang bukan untuk aku . Tapi untuk ostad , lebai , pak imam , orang yang pegang mikrofon bagi ceramah pom pam pom pam , orang yang femes keluar kat TV . Aku ni perempuan kot ! Tugas aku kat dapur menguli tepung , menggaul cekodok , menggoreng bilis ahak !
Aku tak rasa pun kehadiran aku diperlukan , aku bukan siapa-siapa malah tak menjadi subjek populariti pun  . Cukuplah ikut ayah aku malam-malam pergi surau dengar kuliah walaupun dalam hati alahai malasnya . 

Tapi sebenarnya tak , Allah bagi peluang kat semua orang untuk bawa tugas seorang Nabi . Sepertimana rantaian dakwah tu sampai kat kita , dan menyelamatkan kita dari gelap serta busuknya kegelapan , kepada cahaya murni yang kompem penghujungnya adalah syurga . Takkanlah sampai kat tangan kita , keindahan keluar dari kegelapan tu , terhenti . Takkanlah sampai kat tangan kita , kita nak jadi orang yang stop kan rantaian dakwah tu . Tahu tak itu dah menzalimi orang lain . Sebab dorang pun berhak merasakan keindahan Islam tu . 


tribute


Tahu tak satu benda yang best bila kita sambung tugas Nabi ? Sebab jalan ni memang no one can doubt , pengakhiran dia adalah Jannah . Satu tempat yang mana adalah kampung kita . Aku suka panggil tempat tu sebagai Kampung Abadi .Dulu atok kita, Tok Adam pernah menikmati buah-buahan kat sana , pernah bergumbira dengan hiburan-hiburan kat sana , pernah merasa minum air dari sungai susu dan arak . Dan kita ni , sedang mencari jalan untuk balik ke kampung sana .

Tapi itulah kelemahan manusia , apabila diri dia mula disemangatkan oleh keinginan untuk mengembalikan izzahnya islam , makhluk durhaka bernama syaitan takkan duduk diam . Jika dia tidak dapat menyesatkanmu dengan kejahatan , dia akan menyesatkan mu dengan kebaikan . Mulalah timbul penyakit-penyakit hati , riak , sum'ah dan ujub dengan kebaikan diri sendiri . Sebenarnya kalau nak salahkan syaitan memang boleh . Tapi pokok pangkal balik kat hati kita balik . Sapa suruh hang ikut ?!

Oleh itu , sangat penting untuk sentiasa berusaha untuk mengekalkan hamasah dalam diri . Jangan ikutkan kata hati dan beranggapan bahawa perkara itu adalah normal .

Pernah tak , rindu akan sesuatu benda . Kau rasa macam nak sangat jumpa dia saat tu tapi tak dapat . Yang peliknya waktu-waktu lain tak ada pun kau teringatkan dia . Dan aku sendiri pernah rasa terlalu rindu kat seorang manusia ni . Aku pun scroll balik album-album lama , tengok gambar dia , zoom rapat-rapat . Tapi takde hal la manusia tu adalah perempuan pun . Jadi takpekan aku tenung lama-lama . hehe

Macam tu juga lah hamasah kau . Kalaulah dulu kau pernah menjadi seseorang yang cintakan jalan menuju ke kampung abadi , dan sekarang kau berubah 360 derajah lalu terpesong . Carilah balik diri kau tu . Kalau dulu kau bersemangat dengan membaca blog-blog haraki , menonton video kat Youtube oleh sheikh-sheikh dengan kata-kata berapi , berkawan dengan mereka-mereka yang sama pandangan dan berkongsi rasa hati, membaca-buku-buku fikrah dan ruhi . Jika itulah yang pernah menjentik satu makhluk kecil bernama semangat dalam jiwa kita , kembalilah balik mencarinya.


Jejakilah balik diri yang dahulu , walau dengan apa jua cara sekalipun . Dan paling penting untuk menjaga hubungan hati dengan Allah . Sebab hati kita ni , dia yang pegang . Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah tertuju pada diri sendiri lebih-lebih lagi . Penggunaan “kau” dalam tulisan ni sebenarnya merujuk pada diri aku

Why do I Re-boost ?

Kerana sesuatu yang hilang , dan sesuatu itu penting bagi aku  . Jadi aku menjejakinya kembali .Penulisan adalah sebahagian dari jiwa aku . Dan tak mungkin sesekali membiarkan jahiliyyah keras dan kencang bekerja sedangkan kita masih duduk-duduk dan menghirup kopi O panas di petang hari .

Ramadhan berbaki lagi beberapa hari je ni . Jom cari satu amalan tambahan sempena menyambut tetamu special yang bakal datang . Bayangkan kalau kita tengah senang lenang duduk dalam rumah . Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran .

Ting Tong , loceng berbunyi

" Ye siapa tu ?"

" Jenab , aku ni la ,mak kau "

Eh , mak ? Bukan ke mak aku dah lama meninggal ? Kenapa petik loceng rumah aku pulak ?

" Mak .. Mak ke tu ?"

"Iyalah , aku balik ni . Setahun tak jumpa . Rindu pulak kat anak-anak aku . Jenguk la kome sekejap risau pulak tak ada cahaya datang dari amalan kome dalam kubur tempat tinggal baru mak tu "

"Mak !!!" Lalu lantas seorang ibu yang dirindui itu dipeluk lama . Dihidang kopi dan teh , serta cucur pisang panas . Maklumlah kat kubur tak dapat makanan . Pada malam hari dihiaskan katil tempat beradu secantiknya , tidur pun berpelukan .

Itulah seorang ibu yang lama dirindui . Datangnya dinanti-nanti , kehadirannya disambut bahagia . Segala kelengkapan dipenuhi tanpa mementingkan diri sendiri .

Nah , sekarang Ramadhan juga bakal menjadi tetamu yang memetik loceng rumahmu . Bagaimana persiapan mu ?

Ting Tong , loceng berbunyi 

" Ye siapa tu ?"

"Saya , Ramadhan " balas satu suara aneh.

" Oh masuklah , dah lama tunggu . Buatlah macam rumah sendiri ."

Lalu Ramadhan pun masuk .

Sejam , diberi teh panas.

10 jam , dibiarkan duduk sendiri di ruang tamu .

Kita membuka balik rancangan Tv melaghakan .

Kita memasang musik kuat-kuat tanpa menghiraukan Ramadhan.

Kita bergelak tawa bersama ahli-ahli keluarga .

Kita membiarkan malam-malam berlalu tanpa dihidupkan .

Kita hanya menahan makan dan minum , sedangkan aktiviti lain dijalankan seperti biasa .

Satu hari Ramadhan bersuara.

" Sudah 30 hari aku di sini , mulanya aku gembira kau begitu teruja menyambutku . Tapi sekarang aku berasakan bahawa kehadiran aku langsung tak dihargai . Kau melayanku ibarat melukut di tepi gantang . Hari ini aku harus pulang . Untuk melaporkan keadaan mu kepada tuanku . Selamat tinggal . Terima kasih atas layanan "istimewa" ini . "


Semoga kita , tidak melayan Ramadhan begitu . InsyaAllah jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya . Tambahkan amalan mutabaah dan perbaiki amalan sedia ada. Buatlah sesuatu yang luar biasa . Yang selama ini kau pendam , buatlah amalan itu . Pedulikan kata-kata orang dan bisikan syaitan yang mengatakan kau akan menjadi riak .
Ikhlaskan niatmu !

Selamat datang Ramadhan :')

tribute