Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Dec 9, 2012

INI SEJARAH KITA


“Jangan lupe besok , tunggu kat main bus stop UM pukul 8 pagi ea ”

Mesej yang aku terima dari murabbiyah ku Najihah , lantas dibaca dengan segaris senyuman .

ISK .
Program yang bakal membuka mataku katanya .Mataku , mata kami semua . Seringkali ku dengar program ISK atau nama panjangnya “INI SEJARAH KITA”.

Like , seriously ? Belajar sejarah ? Mak aih , tak cukup ke belajar sejarah masa zaman berperang dengan SPM dulu ?? Kenapa kena tahu lagi ?

Lantas neuron ku menghantar signal kepada si hypothalamus comel , “ Pergi je , mana tau kau dapat sesuatu . Lagipun takkan kau nak belajar je kat kolej . Itupun kalau kau belajar weekend ni . Kalau tak ? cammon , kau bukan robot !”

Syabas tahniah kepada hypothalamus , syaitan tak berjaya merasuk kau !


8 Disember 2012 .
Pengenalan – by Sister Athirah
1.0 SIAPA KITA ?

“Ini sejarah KITA . Kalau kita tengok balik perkataan KITA tu , agak2 awak rasa siapa kita ?” soal kak athirah .
Muslim !
Wanita !
Anak !
Student !
Nah , semua peserta memberi feedback tanda semangat .
Ye , kita ni Muslim . Islam kan . Saya nak tanya , apa beza Islam dan islam ? Apa beza Islam ditulis dengan huruf kecil dan Islam ditulis dengan huruf besar ?
Erm , aku bingung . krik krik krik .
Macam tahu2 saja yang aku memang blur bab-bab kesusasteraan melayu ( lah sangat ) , lantas kak athirah membalas .

Islam-kata nama
islam-kata kerja

Mana satu kita nak jadi ? Takkan islam pada nama je ? Cukup ke guna islam tu bila nak nikah , nak cerai , nak raya haji je ? Kita kenalah berpewatakan macam islam tu sendiri . Ada ngertik ?

Islam adalah kata kerja , bukan kata nama
Islam is a verb , not a noun

Ooo . Mengangguk comel !

2.0 POTENSI KITA

Hadith Logam
“Manusia seperti logam , terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga semasa islam , sekiranya mereka faham”

Logam ? Manusia macam logam ? Tang mana pulak ? soalan-soalan nakal bertamu di fikiran aku . Maybe pada sifat logam tu kot . Tapi , sifat yang mana ?

Ha ! kak Athirah cakap , sifat logam tu adalah KERAS ,KUKUH ,KUAT . Tapi , tetap boleh dilentur.
Contoh masa zaman Nabi dulu , ada seorang penyair Kafir yang sangat feymes sebab berjaya menghasilkan syair yang dapat menaikkan semangat tentera kafir ketika mereka berperang . Lalu , bila dia dah masuk Islam , dia tanya kat rasulullah , perlu ke dia berubah karier (chewah) lepas dah peluk Islam . Rasulullah kata , no ! Bersyairlah , naikkanlah semangat tentera muslimin untuk berperang dengan syairmu !

Tengok , dia gunakan logam dia masa jahil dulu untuk kebaikan Islam lepas dia dapat keFAHAMan .
Katakanlah , kita ni pandai bermain music , mainlah music yang memuji kebesaran Allah , mengagungkan rasulullah , ceritakanlah sirah-sirah melalui music tu . Kalau pandai melukis , lukislah untuk kebaikan Islam , buatlah doodle dakwah ke  , komik dakwah ke . Kalau suka glemer , suka vlogging misalnya . Uploadlah video yang sesuai dengan syariat , super the gempak dengan paparkan mesej-mesej Islamik . Hello , tak kanlah dakwah tu hanya untuk mereka yang berlebai dan berjubah je . Awak nak rempit , rempitlah , janji jangan tinggal ibadah , jangan susahkan orang , jangan susahkan diri . Gua rempit , gua beriman oke ?! kofff kofff

“Kalau dakwah tu hanya melalui ceramah , hanya lidah yang diperlukan manusia untuk hidup”

Tak perlu lah Allah bagi anggota lain kan ? sekian tenkiu
Belum habis lagi .

So , macam mana nak guna potensi kita ? Rujuk al- a’raf 179 .

Allah kata  guna hati . Guna HATI . GUNA HATI ha kan da caps lock .

Jangan guna akal untuk faham agama , tapi guna HATI . Contohnya , bila kita baca buku fizik , momentum berlaku hasil pelanggaran antara dua object ( mass darab velocity ) . Bile dua object tu berlanggar , agak-agak ekau sedih tak ? Nanges ?

Lain pulak hal bila ekau baca novel cintun Andai Itu Takdirnya(my feberet ever ) , ekau nanges ? Aku nanges woo . Seriously meleleh ! Sebab apa ? Sebab aku baca dengan hati . Nah ! lain kan ? Nampak kan beza paham dengan akal atau paham dengan hati .

Analoginya , bila kita sujud ke tanah . Kedudukan akal lebih rendah dari kedudukan hati .


Ini menunjukkan bila kita patuh kepada Allah , kita rela rendahkan kedudukan akal yang kita anggap mulia . Lantas mengaku , yang kedudukan hati lebih PENTING untuk faham agama Allah .

Dalam satu hadith cakap . Allah tu , kalau mahukan kebaikan pada hambaNya , dia bagi kefahaman dalam ad-din (agama). Allah tak bagi dia harta , Allah tak bagi dia pangkat , emas , keluarga yang ramai . Tapi Allah bagi dia FAHAM agamanya . Sweet .

3.0 MISI KITA

Misi Muslim ada dua – sebagai ‘abid dan sebagai khalifah

‘abid (hamba) . Kalau dah nama hamba , mestilah akan ikut je apa yang tuan dia suruh tanpa sikit pun membantah .Tak kisahlah apa pun , dia akan willingly patuh dan taat .Allah firman dalam az-zaariyat ayat 56-58 ,Allah tak ciptakan jin dan manusia , kecuali untuk beribadah kepada dia . See ? Tugas kita kat muka bumi ni , beribadah kat Allah . Buat apa Allah suruh , tinggal apa Allah larang . Mudah kan ? wink wink (ye aku tahu tak mudah )



Khalifah . Maksud khalifah adalah pengganti , wakil , pemimpin. Kita kena ganti tugas rasulullah untuk sebarkan dan sampaikan islam atas muka bumi ini . Pemimpin untuk diri sendiri dan orang lain .


Cuba bayangkan , kita bertanya kepada seorang Buddhist kacak bernama Leong ,

“ Wahai Leong , apa yang kau nak dalam hidup ?”

Lalu Leong membalas ,

“ Aku nak belajar sampai pandai . At least Master . Senanglah nak dapat kerja bagus . Pastu dapat gaji besar.”

Kemudian ajukan soalan sama kepada seorang muslim pintar bernama Arif ,

“Wahai Arif , apa yang kau nak dalam hidup ?”

Lalu Arif membalas ,

“ Apa punya soalan daaa. Mestilah aku nak hidup mewah . Aku nak belajar pandai-pandai macam ibu aku suruh . Pastu , kawen . hehe”

Pacepalm


Macam sama je ? Lebih kurang je jawapan ?
Sama ke tujuan hidup kita dengan orang kafir ?

Mestilah tak kan ? Kita ni hidup bukan sebagai robot . Bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai baju , pergi kerja , balik kerja ,makan , penat , tidur .

Besoknya , bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , pakai baju , pergi kerja , balik kerja ,makan , penat , tidur .
Dan hari-hari kemudiannya ulang perkara yang sama . 

No my dear , we are NOT !







Aku suka benda baru yang aku belajar dari kak thirah .

Analogi lasso

Khalifah mestilah berada dalam kandang ibadah . Jadi kita harus mengajak orang di luar kandang , yang sedang hanyut dalam kesesatan supaya masuk sekali dalam bulatan ibadah kita itu . Bukan ke , tugas khalifah adalah suruh kepada kebaikan dan cegah daripada kemungkaran . Tapi , ingat , dalam masa yang sama , kita TAK BOLEH sesekali keluar dari bulatan ibadah . Gunalah apa-apa cara sekalipun untuk tarik mereka yang di luar tu . Kat sini kaedah lasso ( tali koboy) bermaksud kaedah untuk “MENARIK”. Bagilah umpan , tariklah guna  apa-apa sekalipun . Ekau nak tarik guna kepakaran ekau berpidato , yes silakan . Ekau nak tarik guna kehandalan ekau menulis novel , yes u may . Ekau nak tarik guna kesengalan ( baca kecomelan) ekau membuat video lucu , jangan berhenti !  yang penting ..

 Kamu MENARIK ke dalam , bukan TERTARIK ke luar.

To be continued ..


Jan 20, 2012

"BABI ar kau !! "

Opps, post title yang agak kurang ajar pabila dibaca sekali lalu ni mungkin menyebabkan orang tertanya-tanya, betulke ini blog sarah imtiyaaz ???


Sabaq,sabaq . Amboi dengar BABI je terus nak hangin . 
Ni nak habaq mai, kita ni suka sangat cakap macam ni :
" Kau ni lagi bodoh dari lembu ! "

" Anjing ar kau,sial ! "
" Babi tol , pe masalah kau ha ?! "


Sedih kan , bila dengar ? Cuba kalau ada satu device yang boleh track apa yang anjing tu cakap 
( macam citer The Sound Machine time belajar literature form4).
Agak-agaknye lah kan, pe yang akan anjing , babi, siput sedut and lembu tu cakap bila dengar manusia hina dia macam tu ?


Dan kita mungkin tak sedar, sebabi-babi dia pun, dia boleh masuk syurga sebab haiwan ni bukannya perlu hisab banyak macam manusia. Tengok-tengok anjing yang kita hina tu masuk syurga dulu , kita ni dah kematu kempunan nak masuk pintu syurga tapi tak boleh sebab tak lepas hisab.


Ayyuha readers , kita ni manusia . MANUSIA . Sebaik-baik ciptaan Allah

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Q.S AT-Tiin : 4)

Jin pun kalah,tak cantik macam kita
Kita ni hidup kalau tak nak beribadah kat ALLAH, habis kita nak buat apa ? roggeng 24 jam ?

Jadi,dalam dunia ni kita memang dah dikurniakan Allah  medium untuk mendengar dakwah. 
Apa dia ?
-Pendengaran
-Penglihatan
-al af'idah(akal)


picture by aimeelikestotakepics by deviantart




1.Pendengaran


Kalau nak ikutkan ,haiwan lagi tajam pendengarannya dari manusia,boleh bau mangsa walaupun jauh,boleh dengar jeritan ahli qubur. Kalau forensik nak cari mayat lama ke, bangkai ke. Kan guna anjing . Nak tunjukkan betapa kuatnya deria dia dari kita,tapi lagi rendah darjat dari kita. Kenapa ? Kerana manusia sebaik-baik kejadian. Dalam Al-Quran pun Allah sebut : 


" Innallaha sami'un bashir " 
perkataan mendengar (sami') selalu mendahului perkataan melihat (bashir)


2.Penglihatan


Kita pun tahu,haiwan lagi tajam penglihatan dari manusia . Boleh memburu mangsa dalam gelap malam , hatta tak ada cahaya pun yang menyinari hitam dan legam malam tu . Sang bulan yang menyorokkan diri pun tak memberi kesan kepada diorang sebab diorang memang lebih dari manusia dari segi penglihatan . Tapi, setajam mana binatang tu boleh tengok mangsa dari jarak jauh,   darjat tetap rendah dari kita. Kenapa ? Kerana manusia sebaik-baik kejadian. 


Jadi, tang mana yang manusia lagi tinggi dari haiwan ? 




Tentunya tang AKAL !!


Kepala manusia terletak tinggi dari kemaluannya simbolik kepada tingginya kedudukan akal dalam hidup .
Kepala haiwan terletak selari dengan kepala bahkan begitu hampir dengan kemaluannya,menggambarkan rendahnya martabat akal pada binatang-binatang ni.


Jadi kalau manusia yang berakal ni pun tak reti mengakui Allah sebagai Tuhan,tak habis-habis langgar perintah Allah,belakangkan Allah..sedangkan kalau Allah tarik nikmat satu molekul oxygen pun,dia pasti akan binasa .


Agak-agak , kalau dah macam tu
siapa lagi teruk ? Manusia atau Haiwan ?


by elatarie of deviantart


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 

(al-araaf :179)

Kesimpulannya ,ada mata , lihat. Ada hati fikir lah, mana milik kita ? Kita akan kembali kepada Allah. Hargailah nikmat menjadi sebaik-baik kejadian .





picture by mijnnaamis of deviantart


Korang,kalau rasa hati kacau ,pandanglah ke langit, automatik kita akan ingat pencipta langit yang serba sempurna tu.Hati akan jadi tenang,
Tak ada kecacatan . Kalau rasa tension,bentang tikar baring tengok langit
 ( dah lama teringin nak buat ni ^^)


Kalau bentang tikar,baring tengok siling rumah . Ya Allah,penuh dengan sawang nye,sarang lelabah,dinding kopak kena hujan..aiiiyarkk ! ( bukan siling rumahku ye !) ^.~

Apr 25, 2011

MASIH ADA YANG SAYANG

Korang , korang . Korang pernah rasa tak benda ni ?


Rasa yang korang jatuh cinta.


Rasa rindu yang tak tertahan sampaikan hampir tiap-tiap hari stalk si dia kat fesbuk.
Rasa angau sampaikan nampak kelibat semua orang macam kelibat dia.
Rasa nak tiru apa yang dia buat.Rindu sampaikan dengar nama si dia pun dah cukup buatkan hati mengembangkan bunga sakura.
Oghang puteh kata " love is in the air "




picture by eliseennchanted of deviantart




Tapi pernah tak korang rasa perasaan ni kat 'dia' ? 'Dia', kenal tak ? Dia, Rasul kita .
Dia yang menjadi kekasih Allah dan alangkah peliknya kalau kita tak nak jadikan dia kekasih kita.


Dan lebih menyedihkan lagi kalau kita hanya ingat Rasulullah bila tiba tiga hari ni:
-Maulidur Rasul
-Ma'al Hijrah
-Isra' Mikraj


Bilamana kita dibangkitkan dari kubur,saat manusia bertanya," Argh,kenapa kami dibangkitkan dari tidur kami ?".Saat itu kita mengharapkan pertolongan kerana kita tiada wang untuk membeli sesuatu.Segalanya sudah tidak berguna kecuali amalan kita.


Kita akan dibangkitkan daripada tulang sulbi (coccyx).Tahukah anda apakah itu tulang sulbi ? Ia adalah satu-satunya tulang yang tidak akan hancur walaupun dimamah tanah dan agen pereputan.Dengan tulang kecil inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah.


Masa tu siapa yang kita boleh harapkan ? mak ? ayah ? suami ? tak ! kita hanya boleh harapkan syafaat Nabi Muhammad yang diberi dengan izin Allah.


Jadi,layak ke kita nak dapat syafaat baginda sedangkan kita ingat nabi 3 tahun sekali ?(nauzubillah min zaalik)
Layak ke kita nak minum dari telaga kauthar saat semua orang kehausan di padang mahsyar sedangkan kita berselawat kepada nabi pun boleh dibilang dengan jari ?


Tanya soalan tu kepada diri kita sendiri. Betapa kita mengecilkan cinta nabi yang terlalu besar untuk kita .


Percayalah, saat semua orang meninggalkan kita kelak,masih ada yang sayang.Allah dan Nabi terlalu sayaaaaaaaang sangat sangat kat kita.
Nabi telah menyimpan satu do'a mustajab baginda untuk kita. Do'a tersebut nabi simpan untuk kita di akhirat kelak.Untuk siapa ? untuk kita ! ye,untuk kita umat akhir zaman.


Jadi,marilah sama-sama kita merebut gelaran IKHWAN di akhir zaman.
Siapakah golongan IKHWAN ni ?


Ikhwan itu mengamalkan sunnah Nabi,bagaikan menggenggam bara api.Mereka amat mencintai nabi,sekalipun tidak pernah bertemu.

Lalu,bila para sahabat bertanya,siapakah yang diberi gelaran ikhwan tersebut ?
Mereka menangis,menangis kerana cemburukan IKHWAN .
Sunggur luar biasa taqwa Ikhwan,sampaikan Rasulullah merindui mereka.


Jadi,marilah kita sama-sama wahai pejuang kebenaran.
Kita rebut gelaran Ikhwan di akhir zaman,kerana ia tawaran yang tiada tandingan.


Tiada tandingan.









اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ