Feb 15, 2011

Rasa bertuhan

Peristiwa ini berlaku di rumah sewa kak longku di kuala lumpur. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 pagi. Azan subuh beralun merdu mengajak manusia kembali mengingati Ilahi. Bangun dari kematian sementara


Usai keluar dari bilik air untuk mengerjakan solat subuh, aku terdengar satu jeritan. Jeritan mintak tolong . SUARA PEREMPUAN !


Aku ingat perempuan tu tengah gaduh dengan teman lelaki dia sebab kakak aku cakap kat situ memang selalu jadi kes-kes macam tu.Maybe teman lelaki dia nak dumped dia.Huih! dasar cinta murahan! Tak bahagia langsung !


Ada jugak kes student perempuan kat situ kena bawak lari pegi Pahang,pastu kena rogol.Nauzubillah min zalik


Suara jeritan makin kuat.Kuat dan merayu-rayu.


Takut.Aku ingatkan perempuan tu dikejar lelaki . Takpun histeria. Kuat sangat sampai boleh dengar dari atas!


Kakak aku pun terbangun, bangun menuju ke veranda. Nak dengar lebih jelas.


..........................................................................................................


Selesai bersolat,kakak aku menceritakan perbualan perempuan tu.Ahhhh..taulah aku rupanya perempuan tu MUNGKIN kena ragut .Takpun kena rompak.Sebab dia asik sebut perkataan POLIS,POLIS


Aku cakap 'mungkin' sebab aku pun tak tahu cerita sebenar.


Pelik kan manusia ?


Duduk kat bumi Allah,tapi tak nak ikut peraturan ALLAH
dan ada pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita di atas
.............................................................................................................
picture by Bosniak of deviantart


Situasi 1: Bila masuk sekolah



Masuk sekolah mesti tepat sebelum 7.40 .kalau lambat kena ambik nama.Lebih 3 kali lambat bagi akan diberi surat amaran .Semua murid-murid WAJIB pakai uniform,siapa yang ponteng akan diserahkan kepada polis.Guru-guru WAJIB pakai baju batik setiap  Khamis.Tapi,nak buat macam mana,dah itu peraturannya,kenalah patuh.






Situasi 2:Bila masuk kerja



Masuk kerja mesti sharp pada masa.Punctual weh !Kalau nak kena dapat notis try la masuk lewat sejam selama seminggu . Baju kena kemas,masuk dalam seluar pulak. Lunch hour jangan dok melebih-lebih kat kedai kopi. Dateline kerja mesti siap kalau tak nak merasa kena ikat perut sebab bos kurangkan gaji.Tapi,nak buat macam mana,dah itu peraturannya,kenalah patuh.






Situasi 3:Masuk rumah sendiri @ rumah kawan:


Sebelum masuk bagilah salam dulu. Jangan main redah je. Tanggal kasut kalau tak kena halau keluar balik. Bila dah masuk rumah janganlah melilau-lilau mata tengok perhiasan rumah kawan tu macam tak pernah tengok barang. Duduk hanya bila dijemput.Jangan tak segan mintak air.Minum bila diperlawa.
Tapi,nak buat macam mana,dah itu peraturannya,kenalah patuh.






Situasi 4: Masuk swimming pool 





Belum terjun dalam pool lagi dah boleh nampak signboard 'PLEASE WEAR SWIMMING SUIT'.
DEFNISI SWIMMING SUIT PLEASE?? Pastinya pakaian yang itu.YE,pakaian yang selalu dipakai mat salleh ke pantai.Kenapa? masalah ke kalau pakai pakaian menutup aurat??Tapi,nak buat macam mana,dah itu peraturannya,kenalah patuh.






Banyak lagi peraturan dunia yang kita boleh patuh.Tapi peraturan Allah kita pandang sepi.Kewajipan menutup aurat kita pandang sepi.Kewajipan bersolat jemaah kita pandang sepi.Kewajipan bermuamalat cara Islam kita pandang sepi.


bukankah kita memandang pada langit dan bulan yang sama.Yang dicipta oleh Tuhan yang sama
picture by Paullus of deviantart






Masuk sekolah ada peraturan ada undang-undang peraturan sendiri
Masuk kerja ada peraturan ada undang-undang sendiri
Masuk rumah sendiri atau rumah kawan ada peraturan ada undang-undang sendiri
Masuk hospital ada peraturan ada undang-undang peraturan sendiri
Masuk tentera ada peraturan ada undang-undang peraturan sendiri
Masuk penjara ada peraturan ada undang-undang peraturan sendiri
Masuk wad gila pun ada peraturan ada undang-undang peraturan sendiri




Tiba-tiba masuk bumi Allah tidak mahu ikut peraturan Allah ???Sila keluar dengan segera.Itu pun jika anda ada tempat lain nak dituju selain bumi Allah.?

2 comments:

  1. pengisian yang mendalam. good job ! hehe :D lepas nh boleh berkongsi byk benda lagi .

    ReplyDelete
  2. sentence yg leyh shoot jiwa2 readers.....i will alwz follow dis blog..

    ReplyDelete