Bismillah , sejak setahun jugaklah aku meninggalkan blog ni , lama juga meninggalkan bidang penulisan . Dengan novel separuh siap( dari dulu kengkonon nak buat novel -,- ). Mujur ada seorang sahabat ni, selalu dok tanya-tanya aku why don't u write any kind of novel ? Haih nampak tak bila buat kerja separuh jalan , tambah dengan ketidak-disiplinan , buatlah apa pun , kerja tak kan settle punya . Sebab aku berhenti adalah novel tu bedasarkan kisah hidup aku . Malu .
At one moment , tiba-tiba aku terfikir . Ya , memang setiap kali aku baca buku , aku akan fikir untung lah orang yang menulis ni , even ada penulisnya yang dah mati pun bila kita baca penulisan dia , kita rasa dia masih hidup . Somewhere jauh dari sini . Dia tetap ada . Sebab tu , aku sangat kagum dengan penulis-penulis yang menjiwai penulisan dia . Dalam penulisan tu mengalir perasaan dalam hati betapa "Ikhlasnya dia" . Pahala tulisannya mengalir sampai kiamat kot ! Jauh dalam sudut hati aku , ada terselit perasaan cemburu dengan orang-orang macam tu . Orang yang bukan sekadar orang biasa . Dia menulis perkara yang sangat-sangat ruhi . Macam pak Syeq Qutb , Al Maududi dan Abuya Hamka . Bila baca buku-buku mereka ni , seolah-olah diorang ni tengah bercakap face to face dengan kita . Hidup !
And why do I stop ?
Kurangnya hamasah . Atau tiada , mungkin .
Hamasah tu kebenda ? Serius . Dulu aku pun tak tahu apa itu hamasah . Nama je budak sekolah agama pakai tudung cendawan ala-ala ostajah nak pergi mengajar .
At one moment , tiba-tiba aku terfikir . Ya , memang setiap kali aku baca buku , aku akan fikir untung lah orang yang menulis ni , even ada penulisnya yang dah mati pun bila kita baca penulisan dia , kita rasa dia masih hidup . Somewhere jauh dari sini . Dia tetap ada . Sebab tu , aku sangat kagum dengan penulis-penulis yang menjiwai penulisan dia . Dalam penulisan tu mengalir perasaan dalam hati betapa "Ikhlasnya dia" . Pahala tulisannya mengalir sampai kiamat kot ! Jauh dalam sudut hati aku , ada terselit perasaan cemburu dengan orang-orang macam tu . Orang yang bukan sekadar orang biasa . Dia menulis perkara yang sangat-sangat ruhi . Macam pak Syeq Qutb , Al Maududi dan Abuya Hamka . Bila baca buku-buku mereka ni , seolah-olah diorang ni tengah bercakap face to face dengan kita . Hidup !
![]() |
tribute |
And why do I stop ?
Kurangnya hamasah . Atau tiada , mungkin .
Hamasah tu kebenda ? Serius . Dulu aku pun tak tahu apa itu hamasah . Nama je budak sekolah agama pakai tudung cendawan ala-ala ostajah nak pergi mengajar .
Alhamdulillah , sejak terjebaknya aku ke dalam konspirasi ke syurga , Allah telah mengizinkan aku untuk mengenali balik diri aku yang sebenar . Hamasah ni sebenarnya perkara fitrah yang memang Allah cipta ada dalam hati pemuda . Semangat . Kau pernah nampak tak gunung berapi yang tengah tunggu masa nak meletus ? Dia meluap-luapkan lagma ibaratnya " Keluarkan aku dari sini !" . macam tu jugak lah semangat yang mana bila kita tahu sesuatu yang baru , dan benda tu adalah hakikat sebenar islam , kita rasa nak cerita kat semua orang ,
"Weh dengarlah apa aku nak cakap !"
Itulah sebenarnya semangat seorang pemuda . Bersemangat . Ibarat singa yang menunggu-nunggu untuk mebaham mangsanya , kita juga harus jadi macam singa tu , menunggu-nunggu untuk membaham target dakwah . Dakwah ni bagi aku dulu adalah satu perkataan yang bukan untuk aku . Tapi untuk ostad , lebai , pak imam , orang yang pegang mikrofon bagi ceramah pom pam pom pam , orang yang femes keluar kat TV . Aku ni perempuan kot ! Tugas aku kat dapur menguli tepung , menggaul cekodok , menggoreng bilis ahak !
Aku tak rasa pun kehadiran aku diperlukan , aku bukan siapa-siapa malah tak menjadi subjek populariti pun . Cukuplah ikut ayah aku malam-malam pergi surau dengar kuliah walaupun dalam hati alahai malasnya .
Tapi sebenarnya tak , Allah bagi peluang kat semua orang untuk bawa tugas seorang Nabi . Sepertimana rantaian dakwah tu sampai kat kita , dan menyelamatkan kita dari gelap serta busuknya kegelapan , kepada cahaya murni yang kompem penghujungnya adalah syurga . Takkanlah sampai kat tangan kita , keindahan keluar dari kegelapan tu , terhenti . Takkanlah sampai kat tangan kita , kita nak jadi orang yang stop kan rantaian dakwah tu . Tahu tak itu dah menzalimi orang lain . Sebab dorang pun berhak merasakan keindahan Islam tu .
![]() |
tribute |
Tahu tak satu benda yang best bila kita sambung tugas Nabi ? Sebab jalan ni memang no one can doubt , pengakhiran dia adalah Jannah . Satu tempat yang mana adalah kampung kita . Aku suka panggil tempat tu sebagai Kampung Abadi .Dulu atok kita, Tok Adam pernah menikmati buah-buahan kat sana , pernah bergumbira dengan hiburan-hiburan kat sana , pernah merasa minum air dari sungai susu dan arak . Dan kita ni , sedang mencari jalan untuk balik ke kampung sana .
Tapi itulah kelemahan manusia , apabila diri dia mula disemangatkan oleh keinginan untuk mengembalikan izzahnya islam , makhluk durhaka bernama syaitan takkan duduk diam . Jika dia tidak dapat menyesatkanmu dengan kejahatan , dia akan menyesatkan mu dengan kebaikan . Mulalah timbul penyakit-penyakit hati , riak , sum'ah dan ujub dengan kebaikan diri sendiri . Sebenarnya kalau nak salahkan syaitan memang boleh . Tapi pokok pangkal balik kat hati kita balik . Sapa suruh hang ikut ?!
Oleh itu , sangat penting untuk sentiasa berusaha untuk mengekalkan hamasah dalam diri . Jangan ikutkan kata hati dan beranggapan bahawa perkara itu adalah normal .
Pernah tak , rindu akan sesuatu benda . Kau rasa macam nak sangat jumpa dia saat tu tapi tak dapat . Yang peliknya waktu-waktu lain tak ada pun kau teringatkan dia . Dan aku sendiri pernah rasa terlalu rindu kat seorang manusia ni . Aku pun scroll balik album-album lama , tengok gambar dia , zoom rapat-rapat . Tapi takde hal la manusia tu adalah perempuan pun . Jadi takpekan aku tenung lama-lama . hehe
Macam tu juga lah hamasah kau . Kalaulah dulu kau pernah menjadi seseorang yang cintakan jalan menuju ke kampung abadi , dan sekarang kau berubah 360 derajah lalu terpesong . Carilah balik diri kau tu . Kalau dulu kau bersemangat dengan membaca blog-blog haraki , menonton video kat Youtube oleh sheikh-sheikh dengan kata-kata berapi , berkawan dengan mereka-mereka yang sama pandangan dan berkongsi rasa hati, membaca-buku-buku fikrah dan ruhi . Jika itulah yang pernah menjentik satu makhluk kecil bernama semangat dalam jiwa kita , kembalilah balik mencarinya.
Jejakilah balik diri yang dahulu , walau dengan apa jua cara
sekalipun . Dan paling penting untuk menjaga hubungan hati dengan Allah . Sebab
hati kita ni , dia yang pegang . Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah
tertuju pada diri sendiri lebih-lebih lagi . Penggunaan “kau” dalam tulisan ni
sebenarnya merujuk pada diri aku
Why do I Re-boost ?
Kerana sesuatu yang hilang , dan sesuatu itu penting bagi aku . Jadi aku menjejakinya kembali .Penulisan adalah sebahagian dari jiwa aku . Dan tak mungkin sesekali membiarkan jahiliyyah keras dan kencang bekerja sedangkan kita masih duduk-duduk dan menghirup kopi O panas di petang hari .
Ramadhan berbaki lagi beberapa hari je ni . Jom cari satu amalan tambahan sempena menyambut tetamu special yang bakal datang . Bayangkan kalau kita tengah senang lenang duduk dalam rumah . Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran .
Ting Tong , loceng berbunyi
" Ye siapa tu ?"
" Jenab , aku ni la ,mak kau "
Eh , mak ? Bukan ke mak aku dah lama meninggal ? Kenapa petik loceng rumah aku pulak ?
" Mak .. Mak ke tu ?"
"Iyalah , aku balik ni . Setahun tak jumpa . Rindu pulak kat anak-anak aku . Jenguk la kome sekejap risau pulak tak ada cahaya datang dari amalan kome dalam kubur tempat tinggal baru mak tu "
"Mak !!!" Lalu lantas seorang ibu yang dirindui itu dipeluk lama . Dihidang kopi dan teh , serta cucur pisang panas . Maklumlah kat kubur tak dapat makanan . Pada malam hari dihiaskan katil tempat beradu secantiknya , tidur pun berpelukan .
Itulah seorang ibu yang lama dirindui . Datangnya dinanti-nanti , kehadirannya disambut bahagia . Segala kelengkapan dipenuhi tanpa mementingkan diri sendiri .
Nah , sekarang Ramadhan juga bakal menjadi tetamu yang memetik loceng rumahmu . Bagaimana persiapan mu ?
Ting Tong , loceng berbunyi
" Ye siapa tu ?"
"Saya , Ramadhan " balas satu suara aneh.
" Oh masuklah , dah lama tunggu . Buatlah macam rumah sendiri ."
Lalu Ramadhan pun masuk .
Sejam , diberi teh panas.
10 jam , dibiarkan duduk sendiri di ruang tamu .
Kita membuka balik rancangan Tv melaghakan .
Kita memasang musik kuat-kuat tanpa menghiraukan Ramadhan.
Kita bergelak tawa bersama ahli-ahli keluarga .
Kita membiarkan malam-malam berlalu tanpa dihidupkan .
Kita hanya menahan makan dan minum , sedangkan aktiviti lain dijalankan seperti biasa .
Satu hari Ramadhan bersuara.
" Sudah 30 hari aku di sini , mulanya aku gembira kau begitu teruja menyambutku . Tapi sekarang aku berasakan bahawa kehadiran aku langsung tak dihargai . Kau melayanku ibarat melukut di tepi gantang . Hari ini aku harus pulang . Untuk melaporkan keadaan mu kepada tuanku . Selamat tinggal . Terima kasih atas layanan "istimewa" ini . "
Semoga kita , tidak melayan Ramadhan begitu . InsyaAllah jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya . Tambahkan amalan mutabaah dan perbaiki amalan sedia ada. Buatlah sesuatu yang luar biasa . Yang selama ini kau pendam , buatlah amalan itu . Pedulikan kata-kata orang dan bisikan syaitan yang mengatakan kau akan menjadi riak .
Ikhlaskan niatmu !
Selamat datang Ramadhan :')
![]() |
tribute |
No comments:
Post a Comment