Aug 12, 2012

Orang Kaya yang Pemurah & . . .

Salam alaykoom , well sekarang dah masuk 24 ramadhan .And , yep , sadly  Ramadhan is leaving  :(

Last night , semalam la kan . Ada program iftar dengan anak yatim al-munirah . Right after fetch Yana dekat Kompleks Tabung Haji untuk seminar I-Medic , kitorang terus gerak pergi Damansara dengan bantuan GPS Abang Ngah. Ini kali kedua tumpang rezki anak yatim . Biasa memang every year , Dato' Satar akan sponsor anak-anak yatim & the staff's family makan sama . Bukan calang-calang tempat . Dekat Tropicana Golf & Country Club , Damansara . Kalau Dato' tak sponsor , aku tak merasa pergi sana. Orang kaya yang pemurah :)

Dato' Satar , memang very the generous . Sudah try google gambar Dato' , ok yang keluar Aziz Satar . Forget it . Yang pasti , anak - anak dan isteri Dato' ni muka semua macam stok arab-arab . Tak de rezki nak capture gambar anak2 dia . Serious , cantek ! Orang kaya yang pemurah :)

Pernah dengar nama Abdul Rahman bin Auf ? Seorang sahabat Nabi yang pemurah . Siapa kata orang kaya semua sombong . Orang kaya semua kedekut . Orang kaya ni jenis berhidung tinggi even tak mancung ? Dato' ni adalah model orang kaya yang tak pernah lupa untuk bersyukur dengan nikmat Allah . Hoyeah , we should note that ! Allah bagi orang tu kaya , ujiannya samada nak tengok dia bersyukur ke tidak . Allah bagi orang tu miskin , nak tengok dia redha ke tidak . Adil kan ? Dua-dua Allah uji . Orang kaya yang pemurah :)

Malam tu seronok sangat dapat spend time dengan anak-anak yatim & pelajar tahfiz . Anak yatim . Tengok muka diorang pun rasa tenang sangat . Allah bagi nikmat ketenangan walaupun tanpa ayah di sisi .Since kawan-kawan sebaya aku yang dulu duduk dekat Al-Munirah sume da keluar sebab further studies , maka aku menjadi kakak . Semua orang panggil aku kakak . Takpe, aku suka !

Ada sorang adik ni , asal jumpa je mesti nak salam tangan aku. " Akak ,nak salam ". Comel sangat ! Rasanya dalam malam tu , lebih dari 3x dia salam aku . Adab jumpa anak yatim , usap kepala dorang , sambil doa . Which kadang-kadang aku lupa nak buat tapi insyaAllah , aku akan try next time !




Tropicana , back view . Turun je tangga ni , nampak padang golf sebesar alam.

 
Dato' siap bayar duit tambang lagi

meet Sultan n Auzaie . 2 orang lagi tak tahu nama

meet Wawa , setahun muda je dari aku . Yang ala-ala ibu mithali tu Zulaikha , opss sory dik . Akak taw adik tak kawen lagi ;)


e'in , gadis kat tengah tu . Aku rasa setiap tahun wajib posing kat tangga ni .





Belanja makan , bagi duit raya lagi n goodie bag , give away untuk guest . Memang Allah murahkan rezeki anak yatim n pelajar tahfiz . Allah , besar pahala :')

masa beratur nak dapat duit raya . hoyeah !
Masa balik , sompek lagi tu naik kereta golf . Ala-ala datin nak tunjuk skill pergi padang golf malam -malam . Padahal aku berbaju kurung je malam tu . Dan nak pergi tempat parking je pon . Kemain .Tak semenggah betul sampai nak naik kereta golf . Balik tu , mak ayah aku pergi Dataran Merdeka Shah Alam , tengok Ustaz Azhar Idrus . Kitorang tukar kereta dan terus balik sambil mengusap-ngusap perut kerana kekenyangan .

Oh, ya !

 
 Alhamdulillah , dewan ni dah siap . Cantik sangat ! Sudilah menderma yah ! 

"Tidaklah apa yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki" Saba'; 39

No comments:

Post a Comment