Jun 10, 2014

Kerna Izzah itu sudah ada

Izzah membetulkan letak tudung bawal kesayangan . Starch sudah disembur . Arh dah kenapa awning tudung ni ? Asik nak beralun-alun je ?! Haisyh pantang benar Izzah pabila awning tudungnya tidak menjadi . Ibaratnya hari itu seluruh moodnya akan rosak !

Dia membelek tubuh pula . Cantik . Getus hati kecil Izzah . Pandai betul teman lelakinya membelikan baju denim biru warna kesukaannya . Sebenarnya baju kecil itu membuatkan Izzah agak sukar bernafas . Iyalah Izzah biasanya memakai saiz L . Tapi Ferhad , teman lelaki kesayangannya membelikan saiz S . Katanya tiada lagi saiz L yang tinggal di kedai itu . Tapi Izzah tidak kisah , Ferhad kan bakal menjadi suaminya . Jadi segala batasan tidak perlu dijaga sangat . Lagipun ibu dan bapanya tidak menghalang .

Teet .
Bunyi sms masuk .

Kat mana ni ? Abang tunggu bawah blok . Cepat sikit yang..

Izzah dengan pantas menuruni tangga blok kolejnya . 

Tak sabar mahu berjumpa Ferhad .

Ferhad yang termangu di motosikal segera berpaling . Haruman Victoria Secret yang disembur Izzah menusuk hisung . Ferhad suka . Lantas matanya membelek atas ke bawah . Izzah memakai baju yang dibelinya . Senyuman nakal mula tergaris di bibir Ferhad. 

"Cantik bidadari abang . Hadiah dari syurga ." Ferhad mengenyitkan mata .


****************

Izzah menyeka air mata . Memori 6 bulan lalu menjengah fikiran . Tidak disangka dia sebodoh itu , mahu mengikut sahaja kemahuan seorang lelaki. Segala suruhan dari pencipta yang Maha penuh dengan sifat kasih sayang diabaikan kerana lebih mengikuti kehendak berhala di dalam hati , hawa nafsu .

Izzah mengerling ke arah jam dinding biliknya . Jam 4.10 pagi . Saat roomate masih lena dibuai mimpi , Izzah memilih berdating dengan yang Maha Khaliq , dengan penciptaNya yang tak akan mungkin mengecewakannya . Dia menangis semahu-mahunya , dia mengadu segala-galanya , dia meminta sepenuh hatinya . Kerana yakin bahawa Allah tidak akan membiarkannya sendiri .

Izzah tidak sangka , dia akan terpijak makhluk bernama hidayah . Maha Suci Allah kerana telah mengeluarkan aku daripada kegelapan kepada cahaya . Daripada kejahilan kepada kefahaman . Daripada buta menjadi jelas . 

Baru sekarang , setelah umurnya mencecah 20 tahun , baru dia mengerti Allah itu penuh dengan kasih sayang , Tuhan yang akan sentiasa menerima taubat dari hambaNya .

Teringat kembali kata-kata Kak Ainnur ketika pertama kali Izzah  mengenali apa itu Islam , siapa itu Allah , bagaimana seharusnya seorang Muslim itu berbuat . Kak Ainnur menghadiahkan senaskhah alQuran dan membacakan sepotong ayat al-Quran ,


وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ



Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS: Al-An'am Ayat: 54)



Izzah mengerti yang Allah amat menyayanginya sebab itu Allah kembali menariknya dari jahiliyah yang busuk kepada keimananan . Tipulah kalau kata masa first-first Izzah mahu menjauhkan diri dari Ferhad adalah satu perkara yang mudah . Berapa banyak airmatanya tumpah kerna mengenangkan 4 tahun  tempoh percintaan dengan Ferhad . Tambahan pula , mulut-mulut manusia yang menyumpah seranahnya kerana dikatakan mempermainkan perasaan lelaki . Tapi Izzah nekad . Orang Islam takkan jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali . Dia tidak mahu menjadikan manusia  sebagai tempat pertama mengadu ketika dirinya gembira sedangkan Allah dijadikan tempat pertama untuk mengadu ketika dia dalam keadaan sedih .
Dia mahu meletakkan Allah sebagai matlamat utamanya , sepanjang masa dan waktu .

Dia harus bangkit !
Dia perlu bangkit !
Dia perlu kuat dan berani !

Berani untuk menyatakan tidak kepada jahiliyyah jahiliyyah yang telah lama bersarang dalam hati .
Seperti mana namanya, IZZAH yang bermaksud kebanggaan , kemuliaan , dia harus menegakkan kembali IZZATUL ISLAM . Meski dia hanyalah seorang wanita , yang tiada apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih hebat . Tapi Izzah tahu , Allah menilai usaha , bukan hasil . 

Biarlah tangisannya pagi ini , menjadi tangisan membina kekuatan , bukan tangisan tanda lemah !


Buzz , pesanan penaja :
Setelah setahun lebih meninggalkan dunia blogging , aku tahu dakwah itu tidak harus berhenti . Dan blogging bukanlah medium utama penyampaian dakwah , tapi pembinaan individu muslim secara berfokus itu . Blogging adalah kerja sampingan . Bagi yang lain , teruslah menulis . Andai kau ikhlas , Allah pasti menolongmu !

No comments:

Post a Comment