Apr 4, 2013

Tips # Hala Tuju Selepas SPM dan Matriks

Assalam alaykoom ! Aku rasa aku dah terlalu tua untuk post pasal SPM . 20 dah . Tua ke ?

Untuk hadek-hadek kat luar sana ,result SPM yang tak berapa nak coolio bukan pengakhiran untuk kita bagi alasan tak nak sambung belajar . Or nak kahwin pada usia muda . Bukan tak boleh kahwin, tapi depends pada tahap kematangan dan niat masing - masing la. Kalau dah sedia pikul amanah nak bawak family g Jannah . Why not ? (heeks)

Ok, balik pada topik ,lepas habis SPM tahun 2011 , akak ( chewah , rase cm kakak yang penyayang pulak ,
  # uhuk batok #) habes grad sekolah menengah.

2006-2010 akak setia pada SAMT sultan hisamuddin , klang . (Lepas ni pihak sekolah kena reward aku) Bukan akak tk mintak borang SBP lepas PMR , tapi tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan laksa mak akak masak.  Fuhh, ayat tak menahan ! Alhamdulillah SPM tuh akak dapat keputusan yang menghepikan tahap jom sujud syukur ramai2 ! Tak sangka n memang akak nangis kat situ jugak . Tapi tetap tak capai target nak dapat straight A's. Akak dapat 10 a 1b. B tu subjek bahasa arab tinggi . Sekolah akak dulu lebih kurang 6 atau 7 orang dapat straight . 3 orang dapat 10a.

miss my old class- 5 Firdaus ( the garden of eden)






Balik rumah terus akak bukak esilav2.jpa.gov.my . Akak isi borang . Akak nk further overseas. Seriously , frankly speaking . Akak tak yakin boleh dok jauh dengan family . Tapi bila tengok students yang study overseas tu dok tangkap gambar gempak ,baring kat taman masa spring , buat snowman masa winter,canoe-ing masa summer . Akak rasa macam.. AKU NAK JUGAK !

Allah .. Allah 
Nampak tak ? Niat dah salah masa mula mula lagi. Apa tujuan sebenar nak study overseas ? Nak glamour ? Supaya bila mak kita shoping jumpa mak jemah kat rak maggi , mak jemah tanya

" Anak kau kat mana sekarang ?"


" Ireland " # hidungkembangkempis

Supaya mak kita boleh bangga dengan anak dia ?
Betul , bukan semua ibu begitu  untuk berbangga -bangga . Tapi tak dinafikan , wujud golongan ini kan ?

Yup , terkena batang hidung akak sendiri. Akak mintak Pharmacy , dan negara yang dia bagi probably UK . Mungkin orang lain lebih layak dari akak . Orang yang kuat , mampu jaga iman kat sana. Yang betul-betul kuat& mampu survive. Kalau fikir balik , akak tak kuat nak duduk jauh-jauh . Akak pun takut iman akak goyah duduk negara blonde hair ni.



Tapi akak bukan mintak JPA je, akak mintak zakat jugak . Syariah degree kat Jordan . Akak memang keliru nak further bidang agama atau bidang farmasi ni . Sebab zakat offer medic sahaja untuk course professional ! MEDIC ?? A no no for me . Zakat utamakan bidang agama  ( Usuluddin , Lughatul Arabiyyah, Syariah ) . Hrm , akak istikharah. 

Bila result keluar , akak gagal dapat dua2. Mungkin sebab BAT (bahasa arab tinggi akak B) , siapa tak sedih . Result interview gagal , bantuan zakat pun gagal. 

Lepas tu ayah akak mintak borang pergi jordan bawah KPT , tapi persendirian . Means , BAYAR SENDIRI . Mungkin 2nd year baru boleh apply zakat balik . Ok lah ,akak isi borang.

Memang akak pergi buat med checkup and X-ray semua . Pos borang kat KPT . Satu step je tinggal untuk pergi Jordan bulan 9 tuh. Duit , yah . Kos sara hidup kat sana tinggi . Sebab dia gune dinar kan. 1 dinar lebih kurang rm4.50 . Fuhh ! Akak tak sanggup nak susahkan ayah akak . Ayah akak , da banyak berkorban . T.T


Siapa hembus habuk kat mata aku ni ? shoo shoo !

OK , jordan persendirian pun tak jadi . Berliku betul hidup akak kan.

Akak check result UPU . Dapat diploma di UPSI . DIploma sains . Aiyark ? Jadi cikgu ? Terus terang akak tak minat . Itu 2nd choice . Akak tak tahu macam mana boleh tertekan pilihan ke UPSI .

Choice yang akak ada , MATRIKULASI . Alhamdulillah , tak perlu akak ambil STPM . Dpat pon area dekat2 , KMS je (Kolej Matrikulasi Selangor) , Banting . Akak dalam diam bersyukur sangat2 , ALLAH tunjuk jalan untuk akak . Life is never too late kan , selagi belum mati . Allah dah janji kan rezki masing2.

Jadi, bagi hadek2 , jangan take matrikulasi for granted . This is your chance ! Setahun je ! Buat betul-betul kalau tak kena repeat year . Nanti jadi 2 tahun. Kan dah buang masa ?

Akak gi matriks , kat sini hidup akak bahagia . Akak dapat join bulatan bahagia aka Ohana akak sendiri . Akak dapat birthday party paling best . N akak dapat kawan2 yang bimbing akak. Join la usrah ! wink2 (;

N satu hari tu , pihak JPA datang . Bagi taklimat . Akak ingat lagi . Time tu kelas tutorial Bio , akak mintak izin dengan sorang kawan akak ni , nak g library.

Kawan akak ex-seseri . Dia straight A's. Kat library, dorang gitaw la semua pelajar yang tak dapat pergi overseas masa interview, ditawarkan biasiswa untuk program PIDN 2011 ( Program Ijazah Dalam Negara ).

Kat dalam bilik tu ramai China , yelah dorang pandai2. Akak tak sangka dorang pilih Matriks..PIDN tu untuk mereka yang sedang amik asasi , matriks or diploma je . Dan kitorang batch pertama untuk program tu . Means , tak perlu mohon lagi kali kedua lepas habis matriks nanti.

Alhamdulillah , thummal hamdoolillah , Akak dapat capai target . Akak nak bagi tips. Kalau adik2 berdoa lepas solat . Contoh mintak nak dapat markah tinggi kan .

Doa la , "YA ALLAH, jika 4 flat ni baik untuk aku , berilah ya ALLAH . Aku mahu buktikan pelajar Islam itu boleh YA ALLAH . Aku mahu 4 flat ini untuk Deen Mu ini ya Allah . Aku mohon dengan amat "

Paling penting , hormat lecturer . Kat sini banyak tragedi mengumpat lecturer . ELAKKAN !!

Dan sekarang , lepas bercuti panjang dari bulan 4 hari tu , akak masuk UM 2 september 2012 . Akak dapat pilihan pertama . 

Bachelor of Pharmachy ( B. Pharm) in Universiti Malaya. UM please be nice to me. kyaa ^^. Dan akak tak perlu apply kali kedua untuk biasiswa. Allah permudah lagi . Sayang Allah !
Ada jugak kawan2 akak masa hisamudin dulu kat UM . Insya Allah kite jumpe nanti ye !

Siapa sangka kan , perjalanan hidup akak bukanlah semudah yang orang nampak . Result kite tak menjanjikan apa2. Kita rancang , Allah pun merancang . Dan  Allah........ apa ye ? Mesti tahu kan 

SEBAIK BAIK PERANCANG. 

Jadi adik ku yang comel & manja lebih , jangan risau . Mungkin sekarang kita tak nampak jalan . Kita menyalahkan takdir atau result dengan keadaan diri kita  yang tak mendapat tempat di IPTA / IPTS . Kita tak dapat course gempak maha megah raya macam medic. Tapi tengok balik diri kita . Adakah kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita selain pencipta diri kita sendiri ? Allah atau kita yang lebih tahu ? Yeah , u got the answer right . La tahzan, La taiasu adik2 , jangan putus asa dari rahmat Allah .

Sabar dan doa . Allah akan buka jalan satu-satu . Dan ! Dari arah yang tak disangka-sangka !

Banyak je choice sebenarnya lepas dapat result SPM 

1-Sambung sekolah pondok , amik kelas tahfiz atau DARUL QURAN(siyes akak teringin) 
2-Asasi ( ada setahun, ada dua tahun )
3-Masuk Matriks ( setahun)
4-Amek STPM (2 tahun)
5-Diploma ( 3 tahun )
6-IPG ( untuk course pendidikan)
7-Politeknik
8-IPTS (MSU / OPEN UNIV/ KLMU, etc)
9-Pergi Mesir bawah agent (Medic mesir / Akademi Quran Malaysia)

..& banyak lagi..



Pilih mana anda nak , bedasarkan keupayaan diri masing2. Ilmu Allah tu luas , berkelana lah . Musafir cari ilmu . Dalam negara boleh , luar negara pun boleh . Tapi ingat ! Letakkan ilmu dunia dalam tangan , ilmu akhirat dalam hati . Jangan lupa carik ilmu akhirat jugak . Kita bukan nak pass exam kat dunia je . Tapi akhirat kantoi . Kat dunia berderet-deret A . Tapi kat akhirat , A tu buang tepi je . Tak ada sape pandang . Jangan jadi macam tu syg .

DAKWAH NOMBOR 1 , TAPI PELAJARAN BUKAN NOMBOR 2

Moga Allah bukakan jalan n pintu keluar bagi adik-adik yang tengah alami kesulitan lepas SPM atau Matriks . Rabbuna Yusahhil . Ameen :)





7 comments:

  1. Alhamdulillah , coretan adik benar2 membantu bagi pelajar2 di metrik, akak akan kongsi dgn anak akak yg belajar di metrik.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah coretan adik benar2 membantu , akak akan kongsi dgn anak anak yg belajar metrik.terima kasih .

    ReplyDelete
  3. Moga Allah membuka hati anak akak ~ Salam ukhuwah ^,^

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum saya nak tanya berkenaan matriks dan path after matriculations, hmm can u pls email me at qiminn_97@yahoo.com once u read this. Thank you :-)

    ReplyDelete
  5. Kak dulu matriks amik modul berapa?

    ReplyDelete